[20 markah]
Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang hari-hari perayaan di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

CONTOH JAWAPAN
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum. Setiap kaum di Malaysia menyambut hari kebesaran mereka dengan cara yang tersendiri. Perayaan tersebut ialah Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali, dan Krismas. Sambutan perayaan ini dapat mengukuhkan perpaduan kaum.
Masyarakat Melayu menyambut Hari Raya Aiditfitri dan Hari Raya Aidiladha. Kemeriahannya dirasai melalui amalan kunjung-mengunjung dan bermaaf-maafan sambil menikmati juadah seperti ketupat, lemang dan rendang.
Sebaliknya, kaum Cina merayakan Tahun Baharu Cina. Warna merah, angpau dan kuih bulan amat sinonim dengan budaya mereka. Manakala masyarakat India merayakan Hari Deepavali yang dikenali sebagai pesta cahaya.
Setiap 25 Disember, penganut agama Kristian menyambut hari Krismas yang dimeriahkan dengan persiapan pokok krismas. Kanak-kanak akan ternanti-nanti kehadiran ‘Santa Claus’ untuk mendapatkan hadiah.
Kesimpulannya, perayaan yang berbeza di negara ini disambut oleh semua kaum. Sambutan perayaan dalam suasana yang meriah menjadi bukti keunikan masyarakat majmuk yang hidup bersatu padu.
(126 patah perkataan)




