Saturday, March 5, 2011

BAHAGIAN C (JEJAK 3)

1. Masyarakat kita masih lagi kurang kesedaran tentang pentingnya mencintai alam sekitar walaupun pelbagai usaha telah dijalankan.

Nyatakan usaha-usaha yang perlu dijalankan untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar.
Isi cadangan :
- Kerajaan memantau dan menguatkuasakan undang-undang alam sekitar dengan lebih tegas
- Program kitar semula diamalkan oleh semua ahli masyarakat
- Kerjasama daripada semua pihak terutamanya pihak kilang dan industri – asap dan bahan toksid
- Pihak sekolah haruslah mengadakan Minggu Alam Sekitar
- Kempen yang dijalankan mestilah mencapai matlamatnya
- Peranan ibu bapa dan keluarga agar anak-anak menjaga kebersihan
- Peranan media massa cetak dan elektronik menyampaikan maklumat berkenaan alam sekitar

2. Iklan merupakan alat untuk mempromosi sesuatu produk atau perkhidmatan kepada pengguna.

Huraikan pendapat anda tentang kebaikan iklan kepada pengguna.
Isi cadangan :
Kebaikan
- Memperkenalkan barang-barang atau perkhidmatan baharu dalam pasaran.
- Melariskan barang-barang yang mempunyai persaingan dalam pasaran dengan pelbagai daya penarik
- Mudah membuat pilihan yang tepat sebelum membeli sesuatu barang atau menggunakan sesuatu perkhidmatan
- Memberikan maklumat atau informasi seperti jawatan kosong
- Menjimatkan masa untuk memilih barang atau perkhidmatan

3. Kehidupan masyarakat pada hari ini menyebabkan mereka kurang berminat untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja amal atau sukarela.

Nyatakan sebab-sebab hal ini berlaku.
Isi cadangan :
- Terlalu sibuk dengan urusan peribadi dan keluarga
- Sikap mementingkan diri sendiri dalam kalangan ahli masyarakat
- Bekerja sepenuh masa seperti peniaga
- Sesetengah ahli masyarakat bersifat kebendaan ,kerja amal tidak menguntungkan
- Mengharapkan orang lain melakukan kerja-kerja amal
- Waktu yang terluang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti lain seperti bersama dengan keluarga
- Tidak ada kesedaran dan kurang pendedahan tentang kerja-kerja amal

4. Program kitar semula bahan buangan yang dilaksanakan oleh kerajaan bertujuan untuk menyedarkan masyarakat agar mencintai alam sekitar.

Huraikan cara-cara untuk menjayakan program tersebut .
Isi cadangan :
- Melalui aktiviti kokurikulum dan sesi pengajaran dan pembelajaran
- Memperbanyak pusat kitar semula di seluruh pelosok negara
- Media massa menyebarluaskan kebaikan kitar semula
- Mendidik masyarakat tentang kebaikan program ini melalui kempen yang berkesan
- Menjalankan gotong-royong sebagai program kemasyarakatan oleh penduduk setempat

5. Sekolah bertanggungjawab membentuk sahsiah pelajar.
Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas?
Berikan pendapat anda.
Isi cadangan : (Bersetuju)
- Melaksanakan peraturan sekolah dengan lebih tegas
- Menerapkan nilai-nilai murni melalui sesi pengajaran dan pembelajaran
- Menggalakkan pelajar terlibat dalam kegiatan kokurikulum
- Mengadakan program peningkatan sahsiah - program motivasi

(Tidak bersetuju)
- Ada pihak lain seperti ibu bapa atau masyarakat

6. Banyak hutan lipur diwujudkan oleh pihak kerajaan atau swasta untuk menggalakkan orang ramai mencintai alam semula jadi.

Bincangkan kepentingan hutan lipur kepada masyarakat di negara ini.
Isi cadangan :
- merancakkan aktiviti pelancongan dalam negara
- memupuk nilai cinta akan alam sekitar
- kawasan kajian dan penyelidikan tentang alam semula jadi
- kawasan tadahan hujan
- tempat beriadah - tempat perkhemahan / perkelahan

7. Bahan pembelajaran bukan sahaja boleh diperoleh daripada buku-buku teks, bahkan juga daripada akhbar-akhbar tempatan melalui bahan sisipan pendidikan .

Apakah faedah yang anda peroleh daripada bahan sisipan tersebut.
Cadangan isi:
- Membuat latihan-latihan mengikut format peperiksaan sebenar.
- Mengetahui kejayaan para pelajar lain dalam peperiksaan awam
- Mengasah bakat dalam bidang penulisan – ada sudut karya kreatif
- Mengandungi hasil-hasil penulisan yang boleh dijadikan teladan
- Membaca nota-nota ringkas tentang mata pelajaran tertentu mengikut tingkatan/darjah

8. Satu kes keracunan makanan telah berlaku di sekolah anda. Sebagai ketua pengawas kantin, anda diminta menulis laporan tentang punca kejadian tersebut untuk dihantar kepada pengetua.

Sediakan laporan anda itu selengkapnya.
Pendahuluan:
- tajuk laporan
- tarikh, hari, masa kejadian dan bilangan mangsa

Isi cadangan:
- kebersihan diabaikan – pinggan mangkuk yang kotor dibiarkan semalaman tanpa dicuci – menggunakan air bilasan yang sama semasa mencuci pinggan mangkuk – pinggan mangkuk tidak dicuci dengan bersih
- pengusaha kantin menjimatkan kos – menggunakan bahan-bahan mentah yang tidak segar – makanan di dalam tin melebihi tarikh luput
- pekerja tidak mengutamakan kebersihan – tidak memakai sarung tangan, tudung kepala, dan apron – kuman mudah membiak melalui tangan yang kotor
- longgokan sampah berhampiran dengan kantin – berbau dan banyak lalat
- kemudahan mencuci tangan tidak sempurna dan tidak mencukupi

Penutup:
- tindakan segera perlu diambil oleh pengusaha kantin untuk membaiki keadaan
- berharap kejadian tidak berulang
- maklumat pelapor (pengakuan, tandatangan, nama, jawatan, tarikh)

9. Baru-baru ini Kelab Usahawan sekolah anda telah mengadakan program Hari Kantin Sekolah. Sebagai setiausaha kelab, anda dikehendaki menyediakan laporan tentang program yang diadakan untuk dihantar kepada guru penasihat kelab.

Sediakan laporan itu dengan lengkap.
Pendahuluan:
- tajuk laporan
- tarikh, hari, masa dan tempat

Isi cadangan:
- tujuan program – mengumpul dana kelab – memupuk ciri-ciri keusahawanan dalam diri pelajar
- sebelum program diadakan – menyediakan tapak jualan – memasang iklan
- program dirasmikan oleh Pengetua Sekolah – meriah
- banyak gerai dibuka – menjual pelbagai jenis barang
- sambutan amat menggalakkan – pengunjung berpuas hati dengan mutu dan harga barangan yang dijual
- jumlah hasil kutipan – mencatat keuntungan

Penutup:
- berharap program ini akan diterukan pada tahun hadapan
- maklumat pelapor (pengakuan, tandatangan, nama, jawatan, tarikh)

10. Anda telah dilantik sebagai Ketua Pengawas Sekolah bagi tahun 2009. Semasa hari pelantikan itu, anda telah diminta oleh pihak sekolah memberikan ucapan tentang tanggungjawab murid terhadap sekolah.

Tulis ucapan anda itu selengkapnya.
Pendahuluan
- kata alu-aluan kepada Pengerusi Majlis, Pengetua Sekolah, guru-guru dan rakan-rakan
- berbesar hati kerana diberi kesempatan berucap

Isi cadangan:
- mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberi – akan menjalankan tanggungjawab sebaik-baik mungkin
- berharap agar mendapat sokongan daripada pihak sekolah dan para pengawas yang lain
- tanggungjawab murid terhadap sekolah
• berdisiplin – mematuhi peraturan sekolah – merealisasikan disiplin sifar
• belajar bersungguh-sungguh – mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum – mengharumkan nama sekolah
• mencintai sekolah – menjaga kebersihan – menceriakan persekitaran sekolah
• menjaga nama baik sekolah

Penutup:
- mengucapkan selamat bertugas kepada AJK Pengawas
- mengucapkan terima kasih

11. Baru-baru ini, anda telah dipilih menjadi ahli jawatankuasa koperasi sekolah anda.
Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menjadi ahli koperasi sekolah.
Isi cadangan :
- Melatih pelajar dalam bidang perniagaan
- Mewujudkan semangat berpasukan
- Mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di dalam kelas.
- Menerapkan nilai-nilai murni seperti amanah dan jujur dalam diri

12. Warga tua telah banyak berjasa kepada masyarakat, namun kebajikan mereka sering diabaikan.
Huraikan langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk membalas jasa mereka.
Isi cadangan
- Memberikan kasih sayang dan simpati
- Membantu menyelesaikan masalah mereka
- Memberikan bantuan wang yang secukupnya
- Kerap menghubungi atau mengunjungi mereka
- Menjaga kesihatan dan pemakanan mereka
- Menubuhkan rumah kebajikan yang selesa – sekiranya mereka tiada ahli keluarga
- Memberikan perkhidmatan percuma – perubatan dan pengangkutan .

No comments:

Post a Comment