Saturday, March 5, 2011

BAHAGIAN C (JEJAK 1)

1. Remaja pada masa sekarang mudah terpengaruh oleh budaya negatif.
Berikan sebab-sebab mengapa perkara ini berlaku?
Cadangan isi:
- Kurang pegangan agama-tidak dapat membezakan perkara yang baik dan buruk
- Mudah terpengaruh dengan apa-apa sahaja yang dianggap sesuatu yang baru dan dapat menonjolkan diri
- Beranggapan bahawa sesuatu yang datang dari negara Barat itu adalah baik, moden dan mengikut peredaran zaman
- Kurang perhatian ibu bapa dan keluarga – mereka sibuk bekerja
- Terpengaruh oleh rakan sebaya dalam mencari identiti diri
- Bebas daripada pengawasan/pemantauan ibu bapa kerana tinggal berjauhan

2. Pada minggu lepas, anda menyaksikan latihan menyelamat oleh Pasukan Kadet Bomba sekolah anda dengan bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia di sekolah anda. Anda menjadi seorang daripada mangsa yang diselamatkan. Anda ingin menceritakan pengalaman itu kepada sahabat anda.
Tulis surat itu selengkapnya.
Pendahuluan:
- menulis kepala surat (alamat pengirim dan tarikh)
- kata menghadap surat
- bertanya keadaan sahabat
- menyatakan keadaan diri anda

Isi cadangan:
- tujuan menulis surat – menceritakan latihan menyelamat oleh Pasukan Kadet Bomba sekolah dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia
- menceritakan pengalaman
• dipilih menjadi mangsa kebakaran - berasa seronok dan takut
• loceng kecemasan dibunyikan – pelajar beratur dalam keadaan cemas
• trak bomba sampai – beberapa orang pegawai bomba dan ahli kadet bomba sekolah memulakan aktiviti menyelamat
• bomba menyelamatkan mangsa kebakaran termasuk saya
• pelajar yang menyaksikan latihan bertepuk tangan – berasa bangga dengan tindakan pantas pihak bomba

- menyatakan perasaan anda – seronok dan gembira – ingin

Penutup:
- mengharapkan balasan surat daripada rakan anda
- sampaikan salam kepada keluarga rakan anda
- pengakuan pengirim
- tandatangan


3. Sahabat anda dari luar negara ingin mengetahui sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah anda.
Balas surat sahabat anda itu.
Pendahuluan:
- menulis kepala surat (alamat pengirim dan tarikh)
- kata menghadap surat
- mengucapkan terima kasih atas kiriman suratnya
- bertanya keadaan sahabat
- menyatakan keadaan diri anda

Isi cadangan:
- melahirkan persaan gembira kerana sahabat anda ingin mengetahui sambutan bulan kemerdekaan di sekolah anda
- disambut sepanjang bulan Ogos
- pelbagai aktiviti diadakan – pertandingan melukis poster, pertandingan menulis esei, pertandingan koir lagu patriotik, tayangan filem sejarah
- setiap kelas dihias mengikut tema sambutan iaitu Keranamu Malaysia
- acara kemuncak diadakan pada 30 Ogos di dewan sekolah – perasmian oleh Pengetua sekolah – persembahan pelajar – penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan

Penutup:
- berharap sahabat anda berpuas hati dengan cerita yang anda sampaikan
- semoga bertemu lagi pada surat yang akan datang
- sampaikan salam kepada keluarga rakan anda
- pengakuan pengirim
- tandatangan


4. Anda telah menerima sepucuk surat daripada sahabat anda yang sedang menghadapi masalah pembelajaran. Anda diminta oleh sahabat anda itu untuk menyelesaikan masalahnya.

Balas surat sahabat anda itu.
Pendahuluan:
- menulis kepala surat (alamat pengirim dan tarikh)
- kata menghadap surat
- bertanya tentang keadaan sahabat
- menyatakan keadaan diri anda

Isi cadangan:
- menyatakan simpati atas masalah yang dihadapi – meminta sahabat anda bersabar dan jangan berputus asa
- memaklumkan kepada sahabat anda bahawa anda pernah menghadapi masalah yang sama – lemah dalam mata pelajaran Matematik
- mencadangkan langkah penyelesaian masalah
• sering bertanya kepada guru
• memperbanyak latihan
• membuat ulang kaji
• menghadiri kelas tuisyen / bengkel menjawab soalan / belajar berkumpulan

Penutup:
- berharap sahabat anda akan terus berusaha
- mendoakan kejayaan rakan anda
- sampaikan salam kepada keluarga rakan anda
- pengakuan pengirim
- tandatangan

5. Anda dilantik sebagai ketua tingkatan yang baharu. Anda diminta untuk menyampaikan ucapan di kelas anda.

Tulis ucapan itu selengkapnya.
Pendahuluan:
- kata alu-aluan kepada Pengerusi Majlis, Guru Kelas dan rakan-rakan
- berbesar hati kerana diberi kesempatan berucap

Isi cadangan:
- mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberi – akan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin
- memohon agar AJK kelas dapat bersama-sama menjalankan tanggungjawab demi kebajikan ahli-ahli kelas
- berharap rakan-rakan memberikan kerjasama demi kebaikan kelas
- meminta tunjuk ajar guru kelas untuk menjalankan tanggungjawab

Penutup:
- mengucapkan selamat bertugas kepada AJK kelas
- mengucapkan terima kasih



6. Baru-baru ini, rakan anda telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. Kini, rakan anda sedang melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh.

Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk mengucapkan tahniah dan ingin mengetahui rahsia kejayaannya.
Pendahuluan :
- menulis kepala surat (alamat pengirim dan tarikh), kata hadapan surat dan panggilan hormat

Isi cadangan :
- bertanya khabar – mengucapkan tahniah atas kejayaan yang cemerlang dalam PMR – bangga – mengharumkan nama keluarga dan sekolah – kejayaan menjadi pendorong
- berasa kesunyiaan sejak sahabat berpindah – tiada teman untuk mengulang kaji pelajaran bersama-sama
- akan menduduki peperiksaan PMR – ingin mengetahui rahsia kejayaan – sudi berkongsi pengalaman cara-cara mengulang kaji pelajaran untuk panduan
- sahabat seorang yang aktif dalam kokurikulum - cara pengurusan masa yang bijak
- sahabat seorang yang rajin dan berdisiplin – menjamin sahabat mencapai cita-citanya menjadi seorang peguam
- mengakhiri surat – berharap agar sahabat membalas surat dengan segera - menunggu balasan surat

Penutup :
- semoga berjumpa lagi – ucapan terima kasih – pengakuan pengirim – tanda tangan

7. Sekolah anda telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan. Anda telah ditugaskan oleh guru anda untuk menyediakan laporan tentang kejohanan tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda.
Sediakan laporan tersebut selengkapnya.
Pendahuluan :
- tajuk laporan
- menyatakan butiran Sukan Tahunan (tarikh, masa dan tempat)

Isi cadangan :
- program tahunan sekolah – ramai pelajar yang terlibat – mengambil bahagian dalam sukan dan acara perbarisan
- majlis perasmian – menyatakan siapa yang merasmikan majlis tersebut – antara isi ucapan (untuk seimbangkan dengan akademik, semangat kesukanan penting untuk perpaduan)
- sukan peringkat sekolah – untuk mengasah bakat pelajar – melahirkan atlet ke peringkat yang lebih tinggi
- sebelum acara sukan bermula – perbarisan semua kontinjen – terdiri daripada unit beruniform dan pasukan daripada rumah sukan – sambutan meriah – kehadiran ibu bapa pelajar
- pelbagai acara dipertandingkan – pelbagai jualan makanan oleh pihak kantin
- diakhiri dengan upacara penyampaian pingat kepada pemenang – diikuti dengan acara penyerahan bendera kejohanan kepada pengetua

Penutup :
- pengakuan pelapor, tarikh, tanda tangan, nama pelapor dan jawatan.

8. Anda telah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah ”Kebaikan Mengamalkan Cara Hidup Sihat.”
Tulis teks ucapan anda itu selengkapnya.
Pendahuluan :
- kata alu-aluan kepada Pengerusi Majlis, guru, pelajar
- mengucapkan terima kasih kerana dijemput untuk menyampaikan ucapan

Isi cadangan :
• Kebaikan :
- menyihatkan badan – badan sihat, minda cerdas
- mengelakkan penyakit berjangkit
- memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap sesuatu perkara
- memberikan tenaga untuk melakukan sesuatu pekerjaan

Penutup :
- perlu mengamalkan gaya hidup sihat – kesihatan stabil
- ucapan terima kasih kepada hadirin

9. Anda telah ditugaskan untuk mengendalikan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
Gambarkan suasana sambutan tersebut.
Pendahuluan – 16 Mei setiap tahun dijadikan sebagai sambutan Hari Guru – sekolah turut menyambutnya – pelbagai aktiviti dilaksanakan – lebih meriah berbanding tahun lepas – anda ditugaskan mengenadalikan majlis sambutan
Isi cadangan
- Pagi – perhimpunan rasmi – nyanyian lagu - perutusan dibacakan
- Memberikan hadiah kepada guru
- Persembahan pelajar
- Acara permainan di padang –sukaneka
- Sesi penyampaian hadiah
Penutup – sambutan berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak


10. Tulis suatu cerita berdasarkan peribahasa ‘bagai kaca terhempas ke batu’.
Pendahuluan – Aril sering melakukan perbuatan yang tidak berfaedah dan malas membuat ulang kaji pelajaran
Isi cadangan
- Semasa di dalam kelas, Aril tidak menumpukan perhatian dalam pelajaran. Dia mula ponteng kelas.n oleh bapanya
- Ibu bapanya dipenggil oleh pihak sekolah. Aril dirotan oleh bapanya
- Aril menduduki peperiksaan PMR. Dia calon yang pertama meninggalkan dewan pada setiap hari peperiksaan
- Aril gagal dalam semua mata pelajaran
Penutup – ibu bapa Aril amat kecewa bak kata peribahasa (soalan)



Belakang parang jika diasah lagikan tajam

11. Tulis sebuah karangan berdasarkan maksud peribahasa di atas.

Pendahuluan – Ramli lewat masuk ke sekolah – keciciran kerana kemiskinan – namun dia bercita-cita untuk berjaya
Isi cadangan
- Ramli agak lambat memahami pelajaran – sering ditertawakan pelajar lain – dia tidak ambil hati – sedar akan kelemahannya
- Ramli berusaha mengatasi kelemahannya – meningkatkan usaha mengulang kaji pelajaran di rumah – masih tidak faham
- Ramli datang ke rumah gurunya yang terletak tiga kilometer dari rumahnya – berjalan kaki – guru terharu dengan kesungguhan Ramli
- Pelajarannya semakin maju – lulus dalam peperiksaan dengan cemerlang – diiktiraf sebagai pelajar terbaik dalam PMR sekolahnya
Penutup – Ramli sedar akan maksud peribahasa ‘belakang parang jika diasalah lagikan tajam’ – dia semakin berazam untuk memajukan diri




Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri


12. Tulis sebuah karangan berdasarkan maksud peribahasa di atas.

Pendahuluan – Amril melanjutkan pelajaran ke England
Isi-isi
- Semasa cuti dia bekerja sambilan untuk menampung perbelanjaan
- Tamat pengajian, dia tidak pulang ke Malaysia. Bekerja di England untuk mencari pengalaman
- Suasana pekerjaan dan gaji yang lumayan menyebabkan dia tiada keinginan untuk pulang ke Malaysia
- Amril berkahwin dengan rakyat Malaysia yang melanjutkan pelajaran di sana
- Suasana kehidupan yang kurang sesuai untuk pembesaran anaknya menyebabkan dia berhasrat pulang ke Malaysia.
Penutup – Amril sekeluarga pulang ke Malaysia kerana menganggap Malaysia lebih baik bak kata peribahasa (tajuk)

13. Kelas anda telah mengambil bahagian dalam Kempen Kebersihan dan Keceriaan Kelas.
Sebagai ketua tingkatan, ceritakan persiapan yang telah anda lakukan semasa menyertai kempen tersebut.

Isi cadangan
- Membentuk jawatankuasa
- Mencari sumber kewangan
- Memulakan kerja-kerja pembersihan dan keceriaan – mengecat dan menghias kelas

14. Kawasan tempat tinggal anda telah dilanda banjir berikutan hujan lebat yang turun selama beberapa jam.

Gambarkan suasana cemas tersebut

Pendahuluan – hujan turun dengan lebat sepanjang malam – tidur dengan lena
Isi-isi
- Jam 3.00 pagi terjaga daripada tidur – terdengar bunyi bising
- Emak dan ayah turut terjaga – menjenguk ke luar tingkap – air telah naik – orang ramai cemas
- Turun ke tingkat bawah – air telah memasuki rumah – perlu bertindak segera
- Mengejutkan adik-adik – memunggah barang-barang naik ke tingkat atas – tv, radio dan barang-barang yang berada di tempat yang tinggi masih dapat diselamatkan
- Sofa dan almari telah basah – banyak barang yang rosak
- Hari siang – air masih belum surut – hujan sudah berhenti – pihak penyelamat dan anggota sukarela datang membantu

Penutup – bergotong-royong membersihkan rumah – semua orang bercuti

No comments:

Post a Comment

BAHAN KERTAS 2 : RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

MARKAH : 20 MARKAH
CADANGAN MASA MENJAWAB : 30 MINIT
SOALAN A ( i ): RINGKASAN

SOALAN A ( ii ) PEMAHAMAN
10 MARKAH
10 MINIT

PANDUAN MERINGKASKAN PETIKAN

• Petikan menyentuh pelbagai isu semasa.
• Anggaran jumlah perkataan dalam petikan ialah 240
perkataan.
• Petikan mengandungi 5 hingga 10 isi penting.
• Isi penting tidak terkumpul dalam satu perenggan
sahaja.
• Jumlah perkataan dalam ringkasan tidak melebihi 80
patah perkataan.
• Baca dan fahamkan petikan yang diberi sekurang-
kurangnya 2 kali.
• Bacaan kali pertama untuk mendapat gambaran
keseluruhan petikan. (masa dicadangkan 2 minit)
• Bacaan kali kedua adalah untuk pemahaman isi
kandungan petikan berdasarkan kehendak soalan.
(masa dicadangkan 5 minit)


MENGENAL PASTI TUGASAN

• Arahan soalan yang diberi mengandungi penyataan tugasan yang dibincangkan dalam petikan.
• Oleh sebab itu, pelajar perlu membaca arahan soalan terlebih dahulu untuk mengenal pasti tugasan sebelum membaca keseluruhan petikan.
• Penyataan tugasan sangat penting bagi membantu calon mengesan isi-isi penting dalam petikan.
• Isi-isi yang dikenal pasti mesti menepati kehendak tugasan.




KAEDAH MENGESAN TUGASAN.

Baca dan fahami arahan soalan dengan teliti dan beri perhatian kepada perkataan berhuruf tebal.
Perkataan berhuruf tebal merupakan arahan atau kehendak soalan.
Kenal pasti kata kunci yang terdapat dalam arahan soalan. Pastikan anda benar-benar faham maksud kata kunci tersebut.
Anda boleh menggantikan kata kunci tersebut dengan perkataan yang sama maksud dengannya.

Contoh soalan dan arahan :

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor yang menyebabkan dadah menjadi musuh utama manusia. Panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

i. Tugasan yang terdapat dalam arahan soalan ialah:
- faktor- faktor yang menyebabkan dadah menjadi musuh utama
manusia.

ii. Kata kunci arahan untuk isi penting ialah:
- faktor-faktor yang menyebabkan dadah menjadi musuh utama
manusia

iii. Gantikan perkataan faktor-faktor dengan perkataan lain yang sama maksud
dengannya, iaitu:
- punca-punca / sebab-sebab .

iv. Kemudian, tulis permulaan ringkasan:
Faktor-faktor yang menyebabkan dadah menjadi musuh utama manusia ialah...



Catatan :

- Perkataan berikut sering kali digunakan sebagai kata kunci arahan
dalam soalan ringkasan dan boleh diganti dengan perkataan yang sama
maksud .

Contohnya :

Punca / faktor / sebab
Kesan / akibat / implikasi
faedah / kepentingan / manfaat / kebaikan/
keburukan / kekangan / halangan
Langkah / cara/ kaedah/ usaha/ strategi


Latihan 1

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan membaca kepada masyarakat Malaysia. Panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.



Lengkapkan ayat permulaan ringkasan:



………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………...……ialah….


Latihan 2:
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang sebab-sebab berlakunya pencemaran udara di negara kita. Panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


Lengkapkan ayat permulaan ringkasan:

………………………….…………………………………………………….

………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………..…ialah…


TEKNIK MENGESAN ISI PENTING

• Isi penting dapat dikesan berdasarkan arahan soalan ( Tugasan dan kata kunci ).
• Garis dan nomborkan setiap isi tersurat yang diperoleh.
• Setiap petikan biasanya mengandungi lebih daripada 5 isi tersurat.
• Abaikan setiap contoh, peribahasa dan huraian. Berikan perhatian kepada isi penting sahaja.

a. Mengesan isi penting berdasarkan arahan dalam soalan.

Contoh 1:

Baca petikan di bawah dengan teliti.

Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya. Panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Tugasan : Faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya.
Kata Kunci : Faktor-faktor ( Punca-punca / Sebab-sebab )
Pastikan isi penting yang dicari mesti berfokus kepada tugasan dan kata kunci soalan.

Faktor / Sebab / Punca Jalan raya merupakan alat perhubungan yang sangat penting. Oleh itu, kerajaan sentiasa mengambil inisiatif untuk memperbanyak kemudahan jalan raya dan lebuh raya. Jalan-jalan yang sempit diperlebar untuk kemudahan rakyat negara ini. Namun demikian, yang kita musykil ialah semakin sempurna jalan raya, semakin meningkat pula kadar kemalangan jalan raya. Hal ini menyebabkan kita tertanya-tanya akan punca berlakunya perkara tersebut.
Faktor / Sebab / Punca
Faktor / Sebab / Punca Satu daripada punca yang sudah dikenal pasti ialah sikap cuai sesetengah pengguna jalan raya. Antaranya, mencelah kenderaan di hadapan mereka dengan laju, memandu kenderaan melampaui had laju yang ditetapkan, memandu ketika mabuk dan sebagainya. Selain itu, jalan raya juga dijadikan oleh pemandu sebagai medan perlumbaan. Akibat daripada tindakan yang tidak bertanggungjawab ini, menyebabkan berlakunya kemalangan dan banyak orang yang menjadi korban di jalan raya.
Faktor / Sebab / Punca Keadaan jalan raya yang kurang elok mungkin menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku. Sebagai contoh, jalan raya yang berlubang-lubang atau struktur batuannya yang tidak seimbang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Jalan raya yang kurang elok berbahaya kepada pengguna, khususnya penunggang motorsikal. Begitu juga halnya jika jalan tersebut tidak mempunyai kemudahan lampu jalan. Situasi ini menyebabkan kurangnya pencahayaan pada waktu malam dan mengundang bahaya kepada pengguna yang menggunakan jalan raya tersebut. Dalam hal ini, setiap pengguna mestilah berhati-hati ketika memandu pada waktu malam.



PERHATIAN:

Calon-calon juga boleh mengesan isi-isi penting dengan cara mengenal pasti perkataan atau frasa-frasa tertentu dalam petikan.

Contoh :

Kata kunci / arahan DAN Contoh perkataan / frasa

1. Langkah / Cara / Usaha

- Langkah utama...
- Satu daripada usaha...
- Perlu... , seharusnya...
- Mesti ...
- Hendaklah
- Bolehlah
- Selain itu, ...
- Malah, …
- Di samping itu, …
- Oleh itu, …
- Pihak …


2. Kesan-kesan

- mempengaruhi …
- mengganggu …
- meninggalkan kesan …
- menyebabkan…
- mengakibatkan...
- Selain itu, ...
- Malah, …
- Di samping itu, …
- Oleh itu, …


3. Punca / Sebab / Faktor

- Disebabkan oleh...
- Berpunca daripada...
- Hal ini demikian kerana...
- Faktor lain...
- Selain itu, ...
- Malah, …
- Di samping itu, …
- Oleh itu, …


4. Kepentingan / Kebaikan / Faedah / Kelebihan

- Mampu...
- Dapat...
- Berupaya...
- Boleh...
- Hal ini demikian akan memudahkan..
- Selain itu, ...
- Malah, ...
- Di samping itu, ...


Contoh 2

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faedah-faedah internet kepada pelajar. Panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sejak belakangan ini, penggunaan internet dalam kalangan remaja semakin meningkat. Hal ini secara langsung menandakan kemajuan bidang teknologi maklumat. Kecanggihan teknologi internet menjadikannya satu keperluan kepada banyak pihak terutamanya golongan remaja dan pelajar. Internet boleh membantu para pelajar membuat rujukan dengan cara yang mudah dan cepat. Pelbagai laman sesawang yang menyediakan maklumat berharga kepada pelajar.
Dengan menggunakan internet juga secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana sebahagian besar daripada laman sesawang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa teras. Menerusi kaedah yang sama, pelajar juga dapat mengetahui pelbagai isu semasa tidak kira dalam negara mahupun luar negara. Selain sumber berita daripada akhbar mahupun berita televisyen, pelajar juga boleh mendapatkan berita tentang peperangan, bencana alam, kes juvana dan sebagainya dari seluruh negara dengan hanya menaipkan satu kata kunci mudah di komputer yang bersambung dengan talian internet.
Selain itu, penggunaan e-mel juga memberikan kelebihan kepada pelajar. Menerusi keistimewaan yang ada, pelajar dapat bertukar-tukar pendapat dan menambah kenalan dari luar negara. Kaedah berkomunikasi secara e-mel ini sememangnya amat berkesan dalam menyampaikan maklumat. Cara ini sekali gus membolehkan pelajar mengenali budaya masing-masing tanpa perlu berbelanja lebih.
Sebagai intiha, ibu bapa perlulah memainkan peranan dengan menggalakkan anak-anak mempelajari cara menggunakan Internet dengan betul, serta menyediakan pekakasan komputer yang terkini agar dapat membantu pelajar menggunakan kemudahan internet. Selain memupuk masyarakat celik teknologi maklumat, keyakinan diri untuk maju dengan arus teknologi moden ini dapat diperhebat demi kebaikan bangsa dan negara.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada 'Faedah Internet Kepada Pelajar’
e- siswa, April 2009).


MENULIS RINGKASAN LENGKAP

• Pilih sekurang-kurangnya lima isi penting yang telah dikenal pasti dan diyakini betul serta menepati kehendak tugasan dan kata kunci arahan soalan.
• Calon digalakkan menulis enam hingga tujuh isi. Hal ini demikian kerana, jika terdapat isi yang salah atau kurang lengkap, calon mungkin masih dapat memperoleh 10 markah isi.
• Calon tidak perlu menulis pendahuluan dan penutup dalam penulisan ringkasan.
• Mulakan ringkasan dengan menulis tugasan yang telah dikenal pasti dalam arahan soalan.
• Selepas menulis tugasan, calon hendaklah menulis isi-isi penting yang telah dikenal pasti dalam satu perenggan sahaja.
• Penggunaan penanda wacara sangat digalakkan semasa menulis ringkasan.
• Penanda wacana ditulis untuk mewujudkan kesinambungan antara isi yang ditulis.
• Pastikan calon menggunakan penanda wacana yang selari de ngan topik atau isi-isi penting yang ditulis.

Sebelum menulis ringkasan, calon bolehlah membuat sedikit perubahan terhadap ayat isi daripada petikan supaya ayat tersebut menjadi ayat kita sendiri. Antara cara yang boleh dilakukan oleh calon ialah:

• Menggantikan perkataan tertentu dengan perkataan yang sama maksud.
• Memendekkan frasa yang panjang.

o Contoh petikan asal:
§ Internet boleh membantu para pelajar membuat rujukan dengan cara yang mudah dan cepat.

o Contoh ayat sendiri:
§ Internet membolehkan pelajar membuat rujukan dengan cara yang mudah dan cepat.



Contoh menulis rangka ringkasan:

Jadual di bawah hanya sebagai panduan kepada calon untuk menulis ringkasan yang lengkap. Calon hanya perlu memasukkan perkara-perkara penting yang dikehendaki semasa menulis ringkasan.

Ayat tugasan :
____________________________________________
____________________________________________
ialah___________Isi 1 __________________________
Selain itu,_______Isi 2 __________________________
Seterusnya,______Isi 3 __________________________
Tambahan lagi,_____Isi 4 ________________________ , malahan__________Isi 5 ________________________
Selanjutnya,________Isi 6 _______________________.


Contoh menulis ringkasan lengkap:

Bahagian A(i)
(Masa dicadangkan : 30 Minit)
(Markah 20)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah untuk mengatasi masalah banjir. Panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Langkah 2
Langkah 1Kajian menunjukkan bahawa hutan tropika mampu membantu mengurangkan kemusnahan yang besar akibat banjir. Namun, menurut laporan beberapa pertubuhan bukan kerajaan, dalam tempoh dua tahun ini pembalakan haram secara besar-besaran menyebabkan sungai menjadi cetek dan berlumpur, seterusnya mengakibatkan banjir dan kehilangan nyawa. Kini, tibalah masanya pihak kerajaan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada kegiatan pembalakan haram.

Langkah 3Pembangunan yang tidak lestari turut mengundang banjir kilat . Oleh itu, setiap pemaju perumahan seharusnya membuat penilaian kesan alam sekitar sebelum sesuatu projek perumahan dibangunkan. Tragedi ‘Highland Tower’ yang berlaku menunjukkan bahawa kemampuan penguatkuasaan masih boleh dipersoalkan. Dalam hal ini, pihak yang berwajib seharusnya melaksanakan tugas penguatkuasaan dengan amanah agar tragedi banjir yang disebabkan aktiviti manusia tidak berulang lagi.
Langkah 4
Langkah 7
Langkah 6
Langkah 5Kini, di bandar dan di kawasan-kawasan perumahan hampir tiada tanah untuk air meresap kerana kesemua kawasan telah disimen. Satu undang-undang seharusnya digubal bagi memastikan ada kawasan untuk membolehkan air meresap dengan cepat. Jika langkah ini tidak diambil boleh menyebabkan berlakunya banjir jika hujan berterusan. Cadangan untuk mewajibkan pemaju perumahan membuat kolam bagi menampung air seharusnya dilaksanakan segera. Kawasan takungan air ini boleh dijadikan tempat menyimpan air pada waktu kemarau di samping menampung air sewaktu hujan. Sistem perparitan juga perlulah dinaik taraf supaya air dapat mengalir dengan lancar.

Langkah 8Berbagai-bagai kaedah harus dicari untuk mengatasi masalah tersebut termasuk meningkatkan keupayaan manusia untuk menanganinya. Selain itu, pihak media seharusnya membuat liputan tentang sungai bagi memastikan sungai-sungai di negara kita mampu mengalirkan airnya dengan baik. Kempen-kempen cintai sungai kita perlu diteruskan dan diperhebat. Jika langkah-langkah drastik tidak diambil dengan segera pastinya masalah ini akan menjadi rumit pada masa hadapan, seterusnya akan memberi kesan negatif kepada manusia.


( Dipetik dan diubahsuaikan daripada 'Fenomena Banjir Mega’
Dewan siswa, Februari 2007)





Contoh jawapan berpandu:

LANGKAH 1: MENGENAL PASTI TUGASAN DAN KATA KUNCI.

TUGASAN: Langkah-langkah untuk mengatasi masalah banjir
KATA KUNCI : Langkah-langkah / Usaha-usaha / Cara-cara )

LANGKAH 2 : MENGESAN ISI PENTING


Isi


Frasa Penting

Pernyataan isi
1
Pihak Kerajaan...
pihak kerajaan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada kegiatan pembalakan haram.

2
Oleh itu...
Oleh itu, setiap pemaju perumahan seharusnya membuat penilaian kesan alam sekitar sebelum sesuatu projek perumahan dibangunkan.
3
Dalam hal ini...
Dalam hal ini, pihak yang berwajib seharusnya melaksanakan tugas penguatkuasaan dengan amanah agar tragedi banjir yang disebabkan aktiviti manusia tidak berlaku.
4
... seharusnya...


Satu undang-undang seharusnya digubal bagi memastikan ada kawasan untuk membolehkan air meresap dengan cepat.
5
...mewajibkan...
Cadangan untuk mewajibkan pemaju perumahan membuat kolam bagi menampung air seharusnya dilaksanakan segera.
6
...perlulah...
Sistem peparitan juga perlulah dinaik taraf supaya air dapat mengalir dengan lancar.
7
Pihak media...
Pihak media seharusnya membuat liputan tentang sungai bagi memastikan sungai-sungai di negara kita mampu mengalirkan airnya dengan baik.
8
...perlu...
Kempen-kempen cintai sungai kita perlu diteruskan dan diperhebat.
* Nota: Calon disarankan agar memilih enam hingga tujuh isi yang diyakini betul untuk ditulis dalam ringkasan.


LANGKAH 3 : PENULISAN RINGKASAN LENGKAP.

Ayat tugasan :

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah banjir



ialah

Isi 1


pihak kerajaan seharusnya mengenakan hukuman yang lebih berat kepada kegiatan pembalakan haram.


Selain itu,

Isi 2


setiap pemaju perumahan perlulah menjalankan penilaian kesan alam sekitar sebelum sesuatu projek perumahan dibangunkan

Seterusnya,

Isi 3


pihak berwajib hendaklah menjalankan tugas penguatkuasaan dengan amanah.

Tambahan lagi,

Isi 4


Satu undang-undang seharusnya digubal untuk memastikan terdapat kawasan yang boleh meresap air dengan cepat

Malahan,

Isi 5


Cadangan mewajibkan pemaju perumahan membina kolam bagi menampung air seharusnya dilaksanakan.

Selanjutnya,

Isi 6


Kempen-kempen cintai sungai perlu kita diterus dan diperhebat.


Nota: Perkataan dan farasa berhuruf condong merupakan perkataan dan frasa yang telah diubah dan sama maksud dengan perkataan dan frasa dalam petikan.


Contoh Jawapan Lengkap:

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah banjir ialah pihak kerajaan seharusnya mengenakan hukuman yang lebih berat kepada kegiatan pembalakan haram. Selain itu, setiap pemaju perumahan perlulah menjalankan penilaian kesan alam sekitar sebelum sesuatu projek perumahan dibangunkan. Seterusnya, pihak berwajib hendaklah menjalankan tugas penguatkuasaan dengan amanah. Tambahan lagi, satu undang-undang seharusnya digubal untuk memastikan terdapat kawasan yang boleh meresap air dengan cepat. Malahan, cadangan mewajibkan pemaju perumahan membina kolam bagi menampung air seharusnya dilaksanakan. Selanjutnya, kempen-kempen cintai sungai perlu kita teruskan dan diperhebat.

( 80 patah perkataan )

Bahagian A ( ii ): Soalan pemahaman.

Ø Baca petikan Bahagian ‘A’ sekali lagi
Ø Baca soalan yang dikemukakan iaitu soalan 1, soalan 2 dan soalan 3.
Ø Jawapan bagi soalan 1 perlulah ringkas dan tepat , ( calon hanya memberikan maksud rangkai kata dan bukan dalam bentuk huraian ).
Ø Jawapan bagi soalan 2 mestilah diambil daripada petikan.
Ø Soalan 3 memerlukan pelajar berfikir dan memberikan pendapat semasa memberikan jawapan.
Ø Jawapan bagi soalan 1, 2 dan 3 perlu ditulis dengan menggunakan ayat lengkap.
Ø Masa menjawab dicadangkan 10 minit.


Bahagian A(ii)
(Masa dicadangkan : 10 Minit)
(Markah 10)


1. Apakah maksud kemampuan penguatkuasaan dalam petikan tersebut?
( 2 markah )

Maksud rangkai kata kemampuan penguatkuasaan ialah keupayaan
tindakan.

2. Nyatakan kesan-kesan pembalakan haram kepada kehidupan manusia ?
( 4 markah )

Kesan-kesan pembalakan haram kepada kehidupan manusia ialah sungai-
sungai akan menjadi cetek dan menyebabkan berlakunya banjir. Selain itu,
bencana ini boleh menyebabkan kehilangan nyawa manusia.


3. Pada pedapat anda, nyatakan peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat
untuk mengatasi masalah banjir.
( 4 markah )

Pada pendapat saya, peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat untuk mengatasi masalah banjir ialah orang ramai tidak membuang sampah sarap di dalam sungai. Selain itu, ahli masyarakat perlulah melaporkan kegiatan pembalakan haram kepada pihak berkuasa.

LATIHAN 1

Bahagian A(i)
[ Masa yang dicadangkan : 40 minit ]
[ 20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang peranan pusat sumber sekolah. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Pusat sumber merupakan satu sistem yang tersusun dan berpusatkan pelajar, fleksibel serta mempunyai pelbagai fungsi. Selain menjadi pusat sumber kepada pelajar, prasarana itu turut mempunyai pelbagai fungsi dan peranan yang tersendiri selari dengan kehendak penggunanya, khasnya guru dan pelajar. Dalam pengajaran bahasa, pusat sumber berfungsi sebagai tempat untuk merujuk kepada koleksi pemelajaran kendiri pelajar seperti buku.

Dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa, , seseorang guru boleh memberi suatu tugasan, sama ada secara individu ataupun kumpulan dan menyediakan sesuatu tajuk untuk dibincangkan. Dalam hal tersebut, pelajar akan mendapatkan maklumat dengan memanfaatkan sumber yang ada di pusat sumber untuk melaksanakan tugasan yang diberi.

Namun demikian, peranan pusat sumber amat berbeza. Peranan pusat sumber bukanlah semata-mata untuk memberikan kemudahan pengajaran yang utama, tetapi berfungsi memberikan bahan pemulihan atau sokongan kepada kaedah pengajaran yang berlainan. Terdapat juga sesetengah pusat sumber yang mengadakan pameran untuk merangsang minat pelajar terutama dalam bidang bahasa. Guru dan pelajar yang menjadi ahli kelab bahasa dapat turut serta dalam pameran tersebut. Selain pameran, aktiviti lain dapat juga dilakukan dalam bentuk kuiz, permainan, soal jawab, perbincangan selaras dengan fungsinya sebagai gedung ilmu.

Selanjutnya, pusat sumber boleh dijadikan sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran. Penukaran suasana ini, dapat membantu pelajar untuk merangsang minat terhadap sesuatu persekitaran baharu dan berbeza. Jika diamati, biasanya suasana pusat sumber jauh lebih kondusif berbanding bilik darjah. Kadang kala di pusat sumber terdapat kemudahan seperti komputer, projektor paparan hablur cecair dan televisyen. . Oleh itu, kewujudan pusat sumber sekolah sedikit sebanyak membantu tugas guru dan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pemelajaran mereka. Tuntasnya, peranan pusat sumber hendaklah sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa sejajar dengan kepentingannya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana
‘Peranan Pusat Sumber dalam Pengajaran Bahasa’ Pelita Bahasa, Mei 2009)
Bahagian A(ii): Pemahaman
[ 10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-solan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud “ lebih kondusif ” [ 2 markah ]
2. Berdasarkan petikan, nyatakan kaedah yang boleh dilakukan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di pusat sumber?
[ 4 markah ]
3. Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh diambil untuk menarik minat pelajar ke pusat sumber [ 4 markah ]


Cadangan Jawapan A (i).

Tempat untuk merujuk kepada koleksi pemelajaran kendiri pelajar
Pelajar akan mendapatkan maklumat dengan memanfaatkan sumber yang ada di pusat sumber untuk melaksanakan tugasan yang diberi.
Berfungsi memberikan bahan pemulihan atau sokongan kepada kaedah pengajaran yang berlainan
Mengadakan pameran untuk merangsang minat pelajar terutama dalam bidang bahasa
Fungsinya sebagai gedung ilmu.
Pusat pengajaran dan pembelajaran
Merangsang minat terhadap sesuatu persekitaran baharu dan berbeza
Membantu tugas guru dan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pemelajaran

Cadangan Jawapan A (ii)

Maksud rangkai kata : sangat / amat / sungguh / paling
sesuai / baik / selesa

Tugasan secara individu atau kumpulan.
Menyediakan sesuatu tajuk untuk dibincangkan.

Mengadakan minggu pusat sumber.
Menyediakan kemudahan pusat sumber yang lebih selesa.
Mengadakan program membaca.

Nota: Pilih mana-mana dua jawapan di atas dan jawapan yang difikirkan sesuai.


LARIHAN 2

Bahagian A(i)
[ Masa yang dicadangkan : 40 minit ]
[ 20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan-kebaikan industri pelancongan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Malaysia terletak di garisan khatulistiwa yang mengalami iklim panas dan lembap sepanjang tahun. Malaysia merupakan negara yang indah dan mempunyai tempat-tempat menarik sesuai untuk dijadikan destinasi pelancongan. Contoh tempat peranginan yang terdapat di Malaysia ialah Pulau Sipadan, Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Ketam. Di pulau-pulau tersebut, terdapat banyak terumbu karang yang indah menanti para pelancong. Di samping itu, tempat tersebut tenang dan selamat untuk aktiviti sukan air seperti jet ski, perahu layar dan scuba.

Industri pelancongan ini banyak mendatangkan faedah kepada negara. Antaranya dapat memajukan industri kraf tangan yang berkualiti untuk dipasarkan bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara. Dengan sokongan dan bantuan modal oleh kerajaan pula, industri pelancongan boleh beroperasi dengan lebih meluas. Keadaan ini menarik pelabur asing untuk membuat pelaburan di Malaysia dalam industri pelancongan. Secara tidak langsung dapat menambahkan lagi pendapatan negara.

Selain itu, tempat-tempat yang menarik di Malaysia merupakan daya tarikan kepada para pelancong asing. Kehadiran para pelancong boleh memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ke serata dunia. Di samping itu, industri ini juga memberi peluang pekerjaan terutamanya kepada penduduk kampong. Misalnya industri kraf tangan di desa-desa memberi pekerjaan kepada penduduk kampung mengusahakan hasil kraf seperti bakul, rotan, dan tikar mengkuang. Seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Selain itu, kedatangan pelancong juga menyebabkan pusat-pusat penginapan berkembang dan hal ini dapat memajukan industri perhotelan.

Oleh itu, rakyat Malaysia diseru supaya menyahut seruan kerajaan dengan bersikap mesra dan berbudi bahasa kepada para pelancong seiring dengan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita. Usaha kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan pelancongan terutamanya dari segi pengurusan dan penyediaan infrastruktur yang lebih baik secara tidak langsung memberi keuntungan kepada masyarakat setempat.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana
“Faedah Industri Pelancongan” Dewan Siswa, Mei 2007)
Bahagian A(ii): Pemahaman
[ 10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-solan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud “ mendatangkan faedah ” [ 2 markah ]
2. Berdasarkan petikan, nyatakan sebab-sebab Malaysia menjadi tempat pelancong yang menarik? [ 4 markah ]
3. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk meningkatkan industri pelancongan? [ 4 markah ]

Cadangan Jawapan A (i)

Dapat memajukan industri kraf tangan yang berkualiti untuk dipasarkan
Menarik pelabur asing untuk membuat pelaburan di Malaysia
Dapat menambahkan lagi pendapatan negara
Para pelancong boleh memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ke serata dunia
Memberi peluang pekerjaan terutamanya kepada penduduk kampung
Dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar
menyebabkan pusat-pusat penginapan berkembang dan hal ini dapat memajukan industri perhotelan
Perkhidmatan pelancongan terutamanya dari segi pengurusan dan penyediaan infrastruktur yang lebih baik secara tidak langsung memberi keuntungan kepada masyarakat setempat
Cadangan Jawapan A (ii)

Maksud rangkai kata mendatangkan faedah:
Memberikan / Membawa / menyebabkan / Mengakibatkan
Manfaat / kebaikan / kelebihan / kepentingan.

Sebab-sebab Malaysia menjadi tempat pelancongan:
Malaysia merupakan negara yang indah
mempunyai tempat-tempat menarik sesuai untuk dijadikan destinasi pelancongan

Cara meningkatkan industri pelancongan:
Mengadakan promosi tentang keindahan negara Malaysia di luar negara
Meningkatkan kemudahan sedia ada di kawasan yang menjadi tumpuan pelancongan.
Menambah papan tanda menuju ke kawasan pelancongan

Nota: Pilih mana-mana dua jawapan di atas dan jawapan yang difikirkan sesuai.


LATIHAN 3

Bahagian A( i )
[ Masa yang dicadangkan: 40 minit ]
[ 20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu ringkasan
tentang faedah-faedah menguasai bahasa pertama . Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 Patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


Bahasa pertama ialah bahasa yang diperoleh secara semula jadi sejak seseorang Itu kecil lagi. Bahasa pertama terdiri daripada bahasa ibunda atau bahasa lain yang diperoleh hasil pendedahan daripada bahasa yang dituturkan oleh keluarga seseorang kanak-kanak itu. Menguasai bahasa pertama mempunyai pelbagai kelebihan. Sejajar dengan itu, program sesuatu bahasa pertama tidak terlepas daripada memberikan penekanan terhadap aspek kecekapan berbahasa dan pemahaman tentang sistem bahasa. Di samping itu, tujuan menggunakan bahasa pertama adalah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan mengamalkan nilai hidup yang murni.

Penggunaan bahasa pertama juga membolehkan seseorang mengetahui unsur budaya Melayu ketika mempelajari bahasa Melayu di sekolah. Hal ini sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia yang bertujuan melahirkan warganegara yang berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Secara tidak langsung akan mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu dan hidup harmoni.

Pada masa yang sama, penguasaan bahasa pertama juga dapat melengkapi seseorang murid dengan aspek keterampilan berbahasa dan berkomunikasi. Hal ini demikian kerana dengan menguasai bahasa pertama seseorang itu akan dapat memenuhi keperluan diri, menjalin perhubungan sosial dan mengendalikan urusan harian. Contohnya, dalam negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia penggunaan bahasa pertama amat diperlukan. Di negara Korea, Jepun dan Rusia, penggunaan bahasa pertama juga ditekankan sebagai bahasa untuk menguasai ilmu bagi melebarkan ilmu pengetahuan moden.

Pada keseluruhannya , dengan menguasai bahasa pertama, seseorang itu dapat mengungkapkan bahasa yang bermakna dan mempunyai kaitan rapat dengan pemikiran seseorang. Tanpa bahasa seseorang tidak dapat memenuhi keperluan interaksi sesama mereka. Malahan , penguasaan bahasa pertama juga dapat meningkatkan keupayaan dan kecekapan komunikatif dalam kalangan murid. Keupayaan komunikatif merangkumi keseluruhan fungsi bahasa yang meliputi komponen makna dan linguistik. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa seseorang kanak-kanak mampu mempelajari sesuatu dengan lebih baik dalam bahasa ibundanya.


( Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Faedah Menguasai
Bahasa Pertama’ ,Pelita Bahasa, Februari 2008)




Bahagian A ( ii ) : Pemahaman

[ 10 markah ]

Berdasarkan petikan Bahagian A ( i ) , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.


1 Apakah maksud rangkai kata memenuhi keperluan ?
[2 markah]

2 Berdasarkan petikan, nyatakan dua aspek penguasaan bahasa yang perlu diketengahkan pada murid-murid ?
[4 markah]

3 Pada pendapat anda , nyatakan cara-cara yang boleh dilakukan untuk memantapkan penguasaan bahasa dalam kalangan murid ?
[4 markah]

Cadangan jawapan :
Bahagian A (i)

Menggunakan bahasa pertama adalah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan mengamalkan nilai hidup yang murni.
Membolehkan seseorang mengetahui unsur budaya Melayu ketika mempelajari bahasa Melayu di sekolah
Melengkapi seseorang murid dengan aspek keterampilan berbahasa dan berkomunikasi
Dapat memenuhi keperluan diri, menjalin perhubungan sosial dan mengendalikan urusan harian
Bahasa pertama juga ditekankan sebagai bahasa untuk menguasai ilmu bagi melebarkan ilmu pengetahuan moden
Dapat mengungkapkan bahasa yang bermakna dan mempunyai kaitan rapat dengan pemikiran seseorang
Penguasaan bahasa pertama juga dapat meningkatkan keupayaan dan kecekapan komunikatif dalam kalangan murid
Mampu mempelajari sesuatu dengan lebih baik dalam bahasa ibundanya.

Bahagian A (ii)

1 Maksud rangkai kata memenuhi : mengisi / menepati / menyempurnakan / menunaikan
Keperluan : kemestian/ kehendak/ kepentingan / hajat

2 Dua aspek penguasaan bahasa yang perlu diketengahkan oleh murid-murid ialah aspek kecekapan berbahasa dan pemahaman tentang sistem bahasa tersebut.

3 Cara-cara untuk memantapkan penguasaan bahasa pertama ialah
- peranan ibu bapa yang mampu bertutur dengan fasih ketika berinteraksi di
rumah dengan menggunakan bahasa pertama.
-Peranan pihak sekolah dalam meningkatkan kemahiran bahasa pertama
-Peranan media massa dalam memartabatkan bahasa pertama.
- Peranan kerajaan melalui kempen penggunaan bahasa pertama.
LATIHAN 4

Bahagian A ( i )
[ Masa yang dicadangkan : 40 minit ]
[ 20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu ringkasan tentang punca-punca merokok dalam kalangan remaja . Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Merokok merupakan perbuatan yang dikategorikan sebagai kesalahan utama di dalam kawasan sekolah. Apakah nikmatnya ketika merokok? Adakah ilham datang mencurah-curah atau asap rokok itu sebagai illusi yang membawa imaginasi jauh tanpa sempadan? Berdasarkan pemerhatian didapati remaja sudah berani hendak merokok dan membahayakan diri sendiri disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Jika mahu diri mereka diterima dalam kalangan rakan sebaya, mereka haruslah mengikut perbuatan yang dilakukan oleh rakan lain . Malah, ada juga dalam kalangan remaja yang melihat seseorang yang merokok itu dianggap hebat oleh rakan mereka.

Banyak remaja mengetahui akan bahaya merokok. Mereka sedar tentang larangan merokok dan hukuman yang akan diterima jika tertangkap di kawasan sekolah. Oleh sebab itu, mereka tetap merokok sebagai tanda membantah peraturan tersebut. Mereka tidak takut malah sengaja sebagai tanda protes pihak sekolah dan ibu bapa. Selain itu tanggapan bahawa tabiat merokok sebagai tanda orang yang cepat dewasa telah mendorong mereka untuk merokok.

Peribahasa bapa borek anak rintik menggambarkan pengaruh keluarga terhadap gejala merokok dalam kalangan remaja. Mana tidaknya, anggota keluarga terdekat yang merokok seperti ayah, abang dan kaum keluarga yang lain turut mendorong mereka untuk merokok. Hal ini menyebabkan remaja menganggap bahawa merokok bukan perbuatan yang salah. Ada juga sesetengah remaja beranggapan bahawa merokok sebagai trend terkini. Tingkah laku ini membuktikan mereka sentiasa peka dengan aliran gaya terkini.

Kajian menunjukkan sebanyak 75 peratus punca pelajar merokok adalah untuk mengelakkan tekanan termasuklah bebanan tugasan sekolah, harapan ibu bapa yang terlalu tinggi, ditambah dengan naluri remaja yang mahu mencuba, tunjuk pandai dan mahu bebas daripada kongkongan. Natijahnya ,kesan jangka panjang kepada perokok adalah dari segi kesihatan terutamanya panyakit kanser dan berkaitan jantung. Malahan , gigi kuning berkarat , badan dan nafas berbau akibat banyak merokok.

( Dipetik dan diubah suai daripada ‘ Jangan Cuba-cuba merokok’ ,Dewan siswa Jun 2007)



Bahagian A ( ii ) : Pemahaman

[ 10 markah ]

Berdasarkan petikan Bahagian A ( i ) , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.


1 Apakah maksud rangkai kata imaginasi menerawang ?
[2 markah]

2 Berdasarkan petikan, nyatakan kesan-kesan merokok dalam kalangan perokok tegar ?
[4 markah]

3 Pada pendapat anda , mengapakah kita perlu mencegah remaja daripada gejala merokok ?
[4 markah]


Cadangan jawapan :

Bahagian A (i):

Punca-punca merokok dalam kalangan remaja,

1 Pengaruh rakan sebaya
2 Ada juga dalam kalangan remaja yang melihat seseorang yang merokok itu dianggap hebat oleh rakan mereka.
3 Mereka tetap merokok sebagai tanda membantah peraturan tersebut
4 Tanggapan bahawa tabiat merokok sebagai tanda orang yang cepat dewasa telah mendorong mereka untuk merokok
5 Pengaruh keluarga terhadap gejala merokok dalam kalangan remaja
6 Remaja menganggap bahawa merokok bukan perbuatan yang salah
7 Remaja beranggapan bahawa merokok sebagai trend terkini
8 Pelajar merokok adalah untuk mengelakkan tekanan

Bahagian A (ii)
1 Maksud rangkaikata membawa imaginasi:
membawa : mendatangkan / mengakibatkan / menyebabkan / melibatkan
imaginasi : daya khayalan / angan-angan / gambaran

2 Dua kesan merokok ialah:
- menghadapi masalah kesihatan seperti sakit kanser dan
- sakit jantung
- badan berbau ,
- nafas berbau
- gigi kuning berkarat
Nota: Pilih mana-mana empat daripada jawapan di atas.

3 Remaja perlu dicegah daripada merokok kerana

memperlihatkan tingkah laku yang baik dan berakhlak mulia
memperlihatkan disiplin diri yang utuh dan kental
menghindarkan diri daipada gejala social yang lain dan terdorong kepada gejala dadah akhirnya.
mengamalkan gaya hidup sihat.

Nota: Jawapan lain yang bersesuaian dan relevan dengan soalan.

LATIHAN 5

Bahagian A(i)
(Masa dicadangkan : 30 Minit)
(Markah 20)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu ringkasan tentan g punca-punca pencemaran air . Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Air merupakan sumber semula jadi yang sangat penting bagi hidupan di muka bumi ini. Manusia merupakan pengguna air yang paling utama , maka tidak hairanlah juga menjadi penyumbang masalah pencemaran air. Pencemaran air diklasifikasi kepada dua jenis iaitu sumber yang disalurkan terus kepada sumber air dan pencemaran yang berlaku daripada perubahan alam sekitar .

Aktiviti pertanian sama ada yang berskala kecil mahupun bersekala besar berperanan menyebabkan berlakunya pencemaran air. Pembukaan dan penerokaan tanah menyebabkan hakisan tanah seterusnya mencemarkan air sungai kesan daripada bahan-bahan terampai dan keladak yang dibawa ke dalam sungai. Keadaan ini menjadi serius apabila berlakunya penerokaan hutan secara haram untuk kegiatan pertanian. Menurut Jabatan Alam Sekitar, aktiviti pembukaan tanah menjadi penyebab utama pencemaran di 31 lembangan sungai seluruh negara. Selain itu, penggunaan racun serangga dan baja kimia yang tidak diserap oleh tumbuhan akan meresap dan mengalir ke sungai. Hal Ini berlaku akibat kerakusan tangan manusia tanpa memikirkan kesan sebaliknya.

Di Malaysia masalah pencemaran air yang disebabkan aktiviti perternakan memang sukar dikawal. Contohnya sisa air mandian babi mempunyai kandungan zink dan amoniakal nitrogen yang sangat tinggi, dan memberi kesan kepada pencemaran air. Sikap masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai memburukkan lagi keadaan ini. Dianggarkan bahawa tidak kurang satu juta kilogram sisa buangan dibuang ke dalam sungai setiap hari. Pertambahan pusat pelupusan sampah secara haram seperti yang berlaku di Selangor dan Putrajaya menjadi bukti yang jelas kesan pencemaran air akibat pembuangan sampah yang tidak terurus.

Sikap lepas tangan penguasa kilang mengalirkan sisa buangan yang tidak dirawat terus ke dalam sungai menjadikan air tidak selamat untuk digunakan. Hal ini adalah disebabkan sisa buangan industri yang mengandungi bahan keluli jika tidak dirawat dengan betul akan mencemarkan air dan berbahaya untuk manusia. Dalam masa yang sama juga terdapat pengusaha kilang perindustrian yang gagal mematuhi peraturan Kualiti Persekitaran 1979 Jabatan Alam Sekitar.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Air : Bersyukurkah kita”
Dewan siswa April 2009 )





Bahagian A(ii)
(Masa dicadangkan : Minit)
(Markah 10)


1. Apakah maksud penyumbang masalah dalam petikan tersebut? [ 2 markah ]

2. Nyatakan kategori pencemaran air yang berlaku di negara kita ? [ 4 markah ]

3. Pada pedapat anda, nyatakan peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat
untuk mengatasi pencemaran air. [ 4 markah ]


Cadangan Jawapan:
Bahagian A (i)
Aktiviti pertanian sama ada yang berskala kecil mahupun bersekala besar berperanan menyebabkan berlakunya pencemaran air
Keadaan ini menjadi serius apabila berlakunya penerokaan hutan secara haram untuk kegiatan pertanian
penggunaan racun serangga dan baja kimia yang tidak diserap oleh tumbuhan akan meresap dan mengalir ke sungai
masalah pencemaran air yang disebabkan aktiviti perternakan memang sukar dikawal
Sikap masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai memburukkan lagi keadaan ini
Pertambahan pusat pelupusan sampah secara haram seperti yang berlaku di Selangor dan Putrajaya menjadi bukti yang jelas kesan pencemaran air akibat pembuangan sampah yang tidak terurus
Sikap lepas tangan penguasa kilang mengalirkan sisa buangan yang tidak dirawat terus ke dalam sungai menjadikan air tidak selamat untuk digunakan
Dalam masa yang sama juga terdapat pengusaha kilang perindustrian yang gagal mematuhi peraturan Kualiti Persekitaran 1979 Jabatan Alam Sekitar

Bahagian A (ii)
Maksud rangkai kata:
penyumbang : pemberi / pembantu / penyebab
masalah : perkara / isu / kes / hal
Kategori pencemaran air di negara kita ialah:
- sumber yang disalurkan terus kepada sumber air
- pencemaran yang berlaku daripada perubahan alam sekitar
Peranan masyarakat:
- Melaporkan aktiviti pencemaran yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kepada pihak berkuasa.
- Mengadakan kempen tentang cintai alam sekitar.
- Mengadakan gotong-royong membersihkan sungai yang tercemar.

Nota: Terima mana-mana jawapan lain yang sesuai.
LATIHAN 6

Bahagian A(i)
(Masa dicadangkan : 30 Minit)
(Markah 20)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu ringkasan tentang kebaikan Majlis Rumah Terbuka . Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Tanggal 22 Disember 2001 merupakan detik sejarah yang paling berharga buat rakyat Malaysia kerana pada hari tersebut Majlis Rumah terbuka Malaysia pertama telah diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Konsep Rumah Terbuka Malaysia dianggap unik sekali kerana tidak diamalkan di kebanyakan negara lain. Selain itu, masyarakat negara Malaysia yang berlainan bangsa akan turut sama-sama merayakan Majlis Rumah Terbuka Malaysia.
Penganjuran rumah terbuka ini adalah berasaskan semangat untuk mengekalkan satu matlamat memupuk perpaduan pelbagai kaum. Perayaan yang akan diadakan bukannya berbentuk keagamaan yang menyentuh prinsip agama lain. Malahan, menyerahkan kebebasan beragama di negara kita. Rumah tebuka juga bukanlah sekadar program makan-makan, sebaliknya yang lebih penting perayaan tersebut merupakan wadah mengeratkan persefahaman antara pelbagai kaum di negara ini.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya menegaskan, program perayaan rumah terbuka akan diteruskan kerana majlis tersebut merupakan warisan budaya yang akhirnya membawa kepada pembangunan dan kemajuan negara. Beliau juga mengharapkan perayaan kongsi raya akan diteruskan dan tidak lagi dijadikan polemik yang berpanjangan. Menurut beliau juga, Majlis Rumah terbuka biasanya akan dihadiri oleh pelancong dari negara luar seperti Jepun, Itali dan Perancis. Dengan kata lain industri pelancongan di Malaysia akan mendapat sambutan daripada penduduk tempatan dan luar negara. Secara tidak langsung, akan mengharumkan nama Malaysia di Persada antarabangsa. Dalam masa yang sama pula, amalan ini dapat merintis jalan untuk menjalin hubungan harmoni dengan negara jiran.
Pendapat yang mengatakan bahawa sambutan perayaan yang diadakan secara besar-besaran ini merupakan suatu pembaziran adalah satu tanggapan yang tidak berasas sama sekali. Amalan rumah terbuka ini sebenarnya dapat memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia betapa perasaan saling mempercayai harus dipertahankan demi kesejehteraan negara. Hal ini demikian kerana keharmonian antara kaum adalah kunci kejayaan bangsa Malaysia dari dahulu dan hari-hari mendatang. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat mewujudkan suatu budaya kebangsaan kepada negara. .Oleh itu, jelaslah menunjukkan bahawa Majlis Rumah Terbuka ini merupakan komitmen kerajaan pusat terhadap perayaan-perayaan kaum sebagai asas kepada perayaan nasional.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Rumah Terbuka Malaysia”
Dewan siswa Disember 2006 )




Bahagian A(ii)
(Masa dicadangkan : 40 Minit)
(Markah 10)


1. Apakah maksud kunci kejayaan dalam petikan tersebut? [ 2 markah ]


2. Mengapakah Majlis Rumah Terbuka di negara ini dianggap unik ? [ 4 markah ]


3. Pada pedapat anda, nyatakan cara-cara untuk memupuk semangat perpaduan
dalam kalangan pendudk di Malaysia? [ 4 markah ]



Cadangan Jawapan:
Bahagian A (i):
Penganjuran rumah terbuka ini adalah berasaskan semangat untuk mengekalkan satu matlamat memupuk perpaduan pelbagai kaum
menyerahkan kebebasan beragama di negara kita
merupakan wadah mengeratkan persefahaman antara pelbagai kaum di negara ini.
merupakan warisan budaya yang akhirnya membawa kepada pembangunan dan kemajuan negara
industri pelancongan di Malaysia akan mendapat sambutan daripada penduduk tempatan dan luar negara
Dalam masa yang sama pula, amalan ini dapat merintis jalan untuk menjalin hubungan harmoni dengan negara jiran.
memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia betapa perasaan saling mempercayai harus dipertahankan demi kesejehteraan negara
Selain itu, program ini juga diharapkan dapat mewujudkan suatu budaya kebangsaan kepada negara

Bahagian A (ii)
1. Maksud rangkai kata:
kunci : punca / sebab / punca
kejayaan : kemenangan / hasil

2. Majlis Rumah Terbuka dianggap istimewa:
- Tidak diamalkan di kebanyakan negara lain.
- Masyarakat negara yang berlainan bangsa turut menyertai perayaan rumah terbuka.

3. Cara-cara untuk memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia:
- Menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa komunikasi.
- Menanamkan semangat kejiranan walaupun berlainan bangsa.
- Mengadakan kempen tentang kepentingan semangat perpaduan menerusi media massa.
Nota: Terima mana-mana jawapan lain yang difikirkan sesuai.

Followers

PANEL PERUNDING BAHASA MELAYU PMR JOHOR

My photo
Blog PPMP BM PMR Johor dikendalikan oleh En. Abd Razak bin Md Dadi. Seorang Guru yang bertugas di SMK Adela Kota Tinggi, Johor. Email: razak_dadi@hotmail.com