Saturday, March 5, 2011

NOVEL

Contoh Soalan dan Kupasan Cara Menjawab

Contoh 1

Bahagian D
( 10 markah )

Jawapan mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan di Tingkatan 3 seperti yang berikut :

(i ) Limpahan Darah di Sungai Semur karya Zakaria salleh
( ii). Meniti kaca karya Raja Sabarudin Abdullah
(iii) Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud
(iv) Aku Anak Timur karya Siti Aminah Hj. Yusuf
(v) Timulak Kapal Perang karya Azmah Nordin
(vi) Pahlawan Pasir Salak karya Mohd Ismail Sarbini
(vii) Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnin
(viii) Kapten Hassan Wira Bangsa karya Harun Johari
(ix) Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh
(x) Panas Salju karya Talib Samad
(xi) Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznan Nordin
(xii) Merdeka! Merdeka! karya A. Rahman

Huraikan peristiwa yang merupakan klimaks bagi ketiga-tiga novel tersebut.

1. Baca arahan soalan dengan teliti.
Biasanya arahan bagi soalan novel terbahagi kepada dua bahagian.

Arahan 1(umum) : Jawapan mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan di Tingkatan 3

Garisi kehendak soalan . Perkataan selepas berdasarkan dalam arahan mesti diberi perhatian .

Contoh - Jawapan mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan di Tingkatan 3

Hal ini untuk memastikan anda menjawab berdasarkan novel yang diminta oleh soalan.

Arahan 2 (khusus): Huraikan peristiwa yang merupakan klimaks bagi ketiga-tiga novel tersebut.

Garisi kata tugas soalan dan kehendak soalan.

Contoh:- Huraikan peristiwa yang merupakan klimaks bagi ketiga-tiga novel tersebut.

2. Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan. Lebih baik jika satu isi ditulis
dalam satu perenggan dengan huraiannya.

3. Calon hendaklah menyatakan judul novel kajian dan nama pengarang. dalam ayat
pertama atau perenggan pendahuluan.

Contoh:
i. Peristiwa yang merupakan klimaks novel kajian saya yang pertama iaitu Anak Din Biola karya Maarof Mahmud adalah ketika Budiman menjuarai Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya di Dewan Srikota.
ii. Novel kajian saya di Tingkatan 1 ialah Anak Din Biola karya Maarof Mahmud.
iii. Klimaks merupakan unsur penting dalam binaan plot sesebuah novel. Klimaks ialah puncak cerita. Dalam novel kajian saya yang pertama iaitu Anak Din Biola karya Maarof Mahmud, klimaksnya adalah ketika Budiman menjuarai Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya di Dewan Srikota.

4. Nama watak mestilah tepat.. Peristiwa yang dihuraikan mestilah mengandungi aksi
watak(apa-apa yang dilakukan oleh watak). Calon digalakkan untuk menyatakan
aspek latar seperti latar masa, tempat dan masyarakat yang sesuai supaya peristiwa
yang dihuraikan itu jelas.








5. Terdapat juga kata tugas dalam soalan seperti Huraikan peristiwa yang merupakan
klimaks bagi ketiga-tiga novel tersebut.

6. Bagi soalan yang sebegini, nyatakan peristiwa dan jelaskan sebab peristiwa tersebut menjadi puncak cerita.

Peristiwa
Peristiwa yang merupakan klimaks novel kajian saya yang pertama iaitu Anak
Din Biola karya Maarof Mahmud ialah ketika Budiman menjuarai Pertandingan
Bintang Biola Remaja Kota Raya di Dewan Srikota.

Sebab
Peristiwa ini merupakan klimaks kerana Budiman telah berjaya menunaikan wasiat ayahnya untuk menjadi penggesek biola yang terkenal.

Contoh jawapan lengkap:

Peristiwa yang merupakan klimaks novel kajian saya yang pertama iaitu Anak Din Biola karya Maarof Mahmud adalah ketika Budiman menjuarai Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya di Dewan Srikota. Peristiwa ini merupakan klimaks kerana Budiman telah berjaya menunaikan wasiat ayahnya untuk menjadi penggesek biola yang terkenal.
Dalam novel tingkatan 2 yang saya kaji iaitu Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnain, klimaks cerita adalah ketika Kamarul Azam dan Razi diikat oleh penjahat. Mereka dimasukkan ke dalam bot dan dibawa ke tengah
lautan. Bot berkenaan ditembak oleh penjahat tersebut dengan tujuan untuk
menenggelamkannya. Peristiwa ini dianggap klimaks kerana peristiwa ini
dianggap saat-saat genting dan amat mendebarkan. Novel kajian terakhir saya ialah Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznan Nordin. Puncak cerita dalam novel ini ketika Kanang ditembak oleh pengganas komunis ketika dalam Operasi Gerakan Pukat di Tanah Hitam, Perak. Peristiwa ini dianggap klimaks kerana Kanang sanggup berjuang
mempertahankan tanah air sehingga ke titisan darah terakhir.

contoh 2

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1






Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji berserta dengan contoh peristiwa yang sesuai.

Langkah-langkah menjawab

1. Baca arahan soalan dengan teliti.
Biasanya arahan bagi soalan novel terbahagi 2 bahagian.

Arahan 1(umum) : Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

Garisi kehendak soalan . Perkataan selepas berdasarkan dalam arahan mesti diberi perhatian .

Contoh - Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda
kaji di Tingkatan 1

Hal ini untuk memastikan anda menjawab berdasarkan novel yang diminta oleh soalan.

Arahan 2 (khusus): Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji berserta dengan contoh peristiwa yang sesuai.

Garisi kata tugas soalan dan jumlah isi yang diminta serta kehendak tambahan ( huraiannya)

Contoh:- Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji berserta dengan contoh peristiwa yang sesuai

2. Jawapan hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan. Lebih baik jika satu isi ditulis
dalam satu perenggan dengan huraiannya.

3. Calon hendaklah menyatakan judul novel kajian dan nama pengarang dalam ayat
pertama atau perenggan pendahuluan.

Contoh:
iv. Persoalan yang terdapat dalam novel kajian saya iaitu Anak Din Biola karya Maarof Mahmud ialah keberanian menghadapi pelbagai cabaran .
v. Novel kajian saya ialah Anak Din Biola karya Maarof Mahmud
vi. Persoalan merupakan antara unsur penting dalam binaan sesebuah novel. Melalui persoalanlah pengarang dapat menyampaikan mesej-mesej tertentu kepada khalayak pembaca. Dalam novel kajian saya iaitu Anak Din Biola karya Maarof Mahmud, terdapat beberapa persoalan yang dikemukakan.
4. Nama watak mestilah tepat.. Peristiwa yang dihuraikan mestilah mengandungi aksi
watak(apa-apa yang dilakukan oleh watak). Calon digalakkan untuk menyatakan
aspek latar seperti latar masa, tempat dan masyarakat yang sesuai supaya peristiwa
yang dihuraikan itu jelas.

Contoh:
Persoalan yang dikemukakan oleh pengarang ialah keberanian menghadapi pelbagai cabaran. Dalam novel ini, Budiman berani melaporkan kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah yang dilakukan oleh Pak Mat Tukang Masak kepada pihak polis.

5. Terdapat juga kata tanya dalam soalan seperti Jelaskan satu peristiwa yang menarik perhatian anda berdasarkan novel yang anda kaji. Mengapakah peristiwa tersebut menarik perhtian anda.

6. Bagi soalan yang sebegini, huraikan satu persatu. Setelah menjelaskan peristiwanya, jawab soalan seterusnya iaitu Mengapakah peristiwa tersebut menarik perhtian anda.
Jadi, mulakan ayat untuk menjawab soalan ini seperti menjawab soalan pemahaman iaitu
Peristiwa tersebut menarik perhatian saya kerana…


• Rujuk cadangan jawapan latihan Soalan 2


Bahagian D

[10 markah]
Contoh 3:
Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 2 atau Tingkatan 3.


(i ) Timulak Kapal Perang karya Azmah Nordin
(ii) Pahlawan Pasir Salak karya Mohd Ismail Sarbini
(iii) Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnin
(iv) Kapten Hassan Wira Bangsa karya Harun Johari
(v ) Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh
(vi) Panas Salju karya Talib Samad
(vii) Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznan Nordin
(viii) Merdeka! Merdeka! karya A. Rahman



Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan peristiwa bagi setiap peringkat plot novel tersebut



CONTOH JAWAPAN :

(Novel yang dipilih : Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznan Nordin)

Pernyataan isi 1: Peringkat Permulaan : Zaman kanak-kanak.
Huraian dan contoh :
• Dilahirkan di Rumah Panjang Karangan Manok.
• Tinggal bersama datuk dan neneknya kerana dihalau oleh ibunya akibat terlalu nakal.
Pernyataan isi 2 : Peringkat Kemuncak : Setelah menyertai angkatan tentera.
Huraian dan contoh :
• Menyertai angkatan tentera.
• Terlibat dengan Gerakan Setia dan Gerakan Pukat.
• Kemuncak : Mengalami kecederaan parah semasa Gerakan Pukat.

Pernyataan isi 3 : Peleraian : Kanang bersara
Huraian dan contoh :
• Kanang bersara daripada angkatan tentera.
• Pulang ke kampung isterinya di Rumah Panjang Samy Skra Hilir sebagai orang awam.

CONTOH JAWAPAN LENGKAP:

Novel kajian saya ialah Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznan Nordin. Pada peringkat permulaan pengarang memaparkan kehidupan Kanang semasa kecil. Kanang dilahirkan di Rumah Panjang Karangan Manok Nanga Meluan. Semasa kecil Kanang tinggal bersama datuknya kerana dihalau oleh ibunya disebabkan oleh kenakalannya.
Kemuncak cerita berlaku apabila Kanang mengalami kecederaan parah ketika pasukannya diserang hendap dalam Operasi Gerakan Pukat di Tanah Hitam, Perak. Walaupun telah ditembak oleh pengganas komunis sebanyak tiga kali namun beliau masih mahu berjuang.
Bahagian peleraian novel ditunjukkan apabila Kanang bersara daripada perkhidmatan tentera pada 30 Mei 1986. Beliau kemudiannya pulang ke Rumah Panjang Skra Hilir, Sarawak dan menjalani kehidupan sebagai orang awam dan menjalani kehidupan sebagai seorang petani.

Contoh 4:
Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 2 atau Tingkatan 3.

(i ) Timulak Kapal Perang -karya Azmah Nordin
(ii) Pahlawan Pasir Salak karya Mohd Ismail Sarbini
(iii) Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnin
(iv) Kapten Hassan Wira Bangsa karya Harun Johari
(v ) Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh
(vi) Panas Salju karya Talib Samad
(vii) Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznan Nordin
(viii) Merdeka! Merdeka! karya A. Rahm

Berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3, jelaskan satu perbezaan dan satu persamaan watak utama dalam kedua-dua novel tersebut.

CONTOH JAWAPAN :

Watak utama Novel Tragedi Empat Disember : Kamarul Azam
Watak utama Novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan : Kanang anak Langkau

Persamaan : Berani.
Kamarul Azam : Berani menyiasat di tempat kapal terbang yang terhempas walaupun keadaan itu boleh membahayakan dirinya.
Kanang : Berani menentang musuh untuk mempertahankan negara daripada serangan pengganas komunis dalam Gerakan Pukat.

Perbezaan :
Kamarul Azam : Seorang yang penyabar : Sabar menerima berita kematian ayahnya dalam kejadian kapat terbang yang terhempas.
Kanang : Seorang yang panas baran: Pernah menumbuk pegawai atasannya kerana tidak berpuas hati setelah diarahkan bertugas, kerana dia baru sahaja pulang daripada menjalankan operasi.

CONTOH JAWAPAN LENGKAP:

Watak utama dalam Novel Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnain ialah Kamarul Azam, manakala watak utama Novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznan Nordin ialah Kanang.
Antara perwatakan yang sama dalam kedua-kedua novel ini ialah sifat keberanian. Sebagai contoh Kamarul Azam bertindak berani menyiasat di tempat kapal terbang yang terhempas walaupun keadaan itu boleh membahayakan dirinya. Manakala Kanang berani menentang musuh untuk mempertahankan negara daripada serangan pengganas komunis dalam Gerakan Pukat walaupun nyawanya terancam.
Perbezaan perwatakan bagi Kamarul Azam dan Kanang pula ialah Kamarul Azam merupakan seorang yang penyabar. Hal ini dapat dibuktikan apabila Kamarul Azam menerima berita kematian ayahnya dalam kejadian kapal terbang terhempas dengan tenang dan sabar. Kanang pula merupakan seorang yang panas baran. Beliau pernah menumbuk pegawai atasannya kerana tidak berpuas hati setelah diarahkan bertugas. Hal ini disebabkan beliau baru sahaja pulang daripada menjalankan operasi.

LATIHAN

SOALAN 1
Bahagian D

[ 10 markah ]

Jawapan mestilah berdasarkan sebuah daripada novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 2 atau Tingkatan 3.



Huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap nilai yang diberi berdasarkan novel yang telah anda kaji.

SOALAN 2
Bahagian D

[ 10 markah ]

Jawapan mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1 dan di Tingkatan 3 seperti yang berikut :

(i ) Limpahan Darah di Sungai Sumur karya Zakaria salleh
(ii ) Meniti kaca karya Raja Sabarudin Abdullah
(iii) Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud
(iv) Aku Anak Timur karya Siti Aminah Hj. Yusuf
(v) Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh
(vi) Panas Salju karya Talib Samad
(vii) Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznan Nordin
(viii) Merdeka! Merdeka! karya A. Rahman



Berdasarkan ketiga-tiga persoalan di atas, nyatakan satu peristiwa bagi setiap novel.

SOALAN 3
Bahagian D

[ 10 markah ]

Jawapan mestilah berdasarkan sebuah daripada novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 2 atau di Tingkatan 3.

(i ) Timulak Kapal Perang -karya Azmah Nordin
(ii) Pahlawan Pasir Salak karya Mohd Ismail Sarbini
(iii) Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnin
(iv) Kapten Hassan Wira Bangsa karya Harun Johari
(v) Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh
(vi) Panas Salju karya Talib Samad
(vii) Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznan Nordin
(viii) Merdeka! Merdeka! karya A. Rahman

Jelaskan tiga peristiwa menarik berdasarkan novel yang telah anda kaji dan jelaskan mengapakah peristiwa itu menarik perhatian anda.

SOALAN 4
Bahagian D

[ 10 markah ]


Jawapan mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1 dan di Tingkatan 2.

(i) Limpahan Darah di Sungai Sumur karya Zakaria salleh
(ii) Meniti kaca karya Raja Sabarudin Abdullah
(iii) Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud
(iv) Aku Anak Timur karya Siti Aminah Hj. Yusuf
(v ) Timulak Kapal Perang karya Azmah Nordin
(vi) Pahlawan Pasir Salak karya Mohd Ismail Sarbini
(vii) Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnin
(viii) Kapten Hassan Wira Bangsa karya Harun Johari

Huraikan tiga persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
SOALAN 5
Bahagian D

[ 10 markah ]


Jawapan mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1 dan di Tingkatan 3.


(i ) Limpahan Darah di Sungai Sumur karya Zakaria salleh
(ii) Meniti kaca karya Raja Sabarudin Abdullah
(iii) Anak Din Biola karya Maaruf Mahmud
(iv) Aku Anak Timur karya Siti Aminah Hj. Yusuf
(v) Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh
(vi) Panas Salju karya Talib Samad
(vii) Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznan Nordin
(viii) Merdeka! Merdeka! karya A. Rahman

Huraikan tiga perbezaaan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.

CADANGAN JAWAPAN LATIHAN

SOALAN 1
Bahagian D
( 10 markah )

Jawapan mestilah berdasarkan sebuah daripada novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 2 atau Tingkatan 3.



Huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap nilai yang diberi berdasarkan novel yang telah anda kaji.

Perhatian
1. Jawapan berdasarkan satu daripada novel yang telah dipelajari sama ada novel di Tingkatan 2 atau novel di Tingkatan 3
2. Jika calon menjawab berdasarkan kedua-dua novel, markah dikira bagi jawapan novel yang terbaik.
3. Markah maksimum bagi bahasa 4 markah.
4. Markah bahasa diberi secara tanggapan (impression)
5. Markah maksimum 10 markah.


CADANGAN JAWAPAN
Novel Tingkatan 2 : Tragedi Empat Disember

BAHAGIAN C (JEJAK 1)

1. Remaja pada masa sekarang mudah terpengaruh oleh budaya negatif.
Berikan sebab-sebab mengapa perkara ini berlaku?
Cadangan isi:
- Kurang pegangan agama-tidak dapat membezakan perkara yang baik dan buruk
- Mudah terpengaruh dengan apa-apa sahaja yang dianggap sesuatu yang baru dan dapat menonjolkan diri
- Beranggapan bahawa sesuatu yang datang dari negara Barat itu adalah baik, moden dan mengikut peredaran zaman
- Kurang perhatian ibu bapa dan keluarga – mereka sibuk bekerja
- Terpengaruh oleh rakan sebaya dalam mencari identiti diri
- Bebas daripada pengawasan/pemantauan ibu bapa kerana tinggal berjauhan

2. Pada minggu lepas, anda menyaksikan latihan menyelamat oleh Pasukan Kadet Bomba sekolah anda dengan bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia di sekolah anda. Anda menjadi seorang daripada mangsa yang diselamatkan. Anda ingin menceritakan pengalaman itu kepada sahabat anda.
Tulis surat itu selengkapnya.
Pendahuluan:
- menulis kepala surat (alamat pengirim dan tarikh)
- kata menghadap surat
- bertanya keadaan sahabat
- menyatakan keadaan diri anda

Isi cadangan:
- tujuan menulis surat – menceritakan latihan menyelamat oleh Pasukan Kadet Bomba sekolah dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia
- menceritakan pengalaman
• dipilih menjadi mangsa kebakaran - berasa seronok dan takut
• loceng kecemasan dibunyikan – pelajar beratur dalam keadaan cemas
• trak bomba sampai – beberapa orang pegawai bomba dan ahli kadet bomba sekolah memulakan aktiviti menyelamat
• bomba menyelamatkan mangsa kebakaran termasuk saya
• pelajar yang menyaksikan latihan bertepuk tangan – berasa bangga dengan tindakan pantas pihak bomba

- menyatakan perasaan anda – seronok dan gembira – ingin

Penutup:
- mengharapkan balasan surat daripada rakan anda
- sampaikan salam kepada keluarga rakan anda
- pengakuan pengirim
- tandatangan


3. Sahabat anda dari luar negara ingin mengetahui sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah anda.
Balas surat sahabat anda itu.
Pendahuluan:
- menulis kepala surat (alamat pengirim dan tarikh)
- kata menghadap surat
- mengucapkan terima kasih atas kiriman suratnya
- bertanya keadaan sahabat
- menyatakan keadaan diri anda

Isi cadangan:
- melahirkan persaan gembira kerana sahabat anda ingin mengetahui sambutan bulan kemerdekaan di sekolah anda
- disambut sepanjang bulan Ogos
- pelbagai aktiviti diadakan – pertandingan melukis poster, pertandingan menulis esei, pertandingan koir lagu patriotik, tayangan filem sejarah
- setiap kelas dihias mengikut tema sambutan iaitu Keranamu Malaysia
- acara kemuncak diadakan pada 30 Ogos di dewan sekolah – perasmian oleh Pengetua sekolah – persembahan pelajar – penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan

Penutup:
- berharap sahabat anda berpuas hati dengan cerita yang anda sampaikan
- semoga bertemu lagi pada surat yang akan datang
- sampaikan salam kepada keluarga rakan anda
- pengakuan pengirim
- tandatangan


4. Anda telah menerima sepucuk surat daripada sahabat anda yang sedang menghadapi masalah pembelajaran. Anda diminta oleh sahabat anda itu untuk menyelesaikan masalahnya.

Balas surat sahabat anda itu.
Pendahuluan:
- menulis kepala surat (alamat pengirim dan tarikh)
- kata menghadap surat
- bertanya tentang keadaan sahabat
- menyatakan keadaan diri anda

Isi cadangan:
- menyatakan simpati atas masalah yang dihadapi – meminta sahabat anda bersabar dan jangan berputus asa
- memaklumkan kepada sahabat anda bahawa anda pernah menghadapi masalah yang sama – lemah dalam mata pelajaran Matematik
- mencadangkan langkah penyelesaian masalah
• sering bertanya kepada guru
• memperbanyak latihan
• membuat ulang kaji
• menghadiri kelas tuisyen / bengkel menjawab soalan / belajar berkumpulan

Penutup:
- berharap sahabat anda akan terus berusaha
- mendoakan kejayaan rakan anda
- sampaikan salam kepada keluarga rakan anda
- pengakuan pengirim
- tandatangan

5. Anda dilantik sebagai ketua tingkatan yang baharu. Anda diminta untuk menyampaikan ucapan di kelas anda.

Tulis ucapan itu selengkapnya.
Pendahuluan:
- kata alu-aluan kepada Pengerusi Majlis, Guru Kelas dan rakan-rakan
- berbesar hati kerana diberi kesempatan berucap

Isi cadangan:
- mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberi – akan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin
- memohon agar AJK kelas dapat bersama-sama menjalankan tanggungjawab demi kebajikan ahli-ahli kelas
- berharap rakan-rakan memberikan kerjasama demi kebaikan kelas
- meminta tunjuk ajar guru kelas untuk menjalankan tanggungjawab

Penutup:
- mengucapkan selamat bertugas kepada AJK kelas
- mengucapkan terima kasih



6. Baru-baru ini, rakan anda telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. Kini, rakan anda sedang melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh.

Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk mengucapkan tahniah dan ingin mengetahui rahsia kejayaannya.
Pendahuluan :
- menulis kepala surat (alamat pengirim dan tarikh), kata hadapan surat dan panggilan hormat

Isi cadangan :
- bertanya khabar – mengucapkan tahniah atas kejayaan yang cemerlang dalam PMR – bangga – mengharumkan nama keluarga dan sekolah – kejayaan menjadi pendorong
- berasa kesunyiaan sejak sahabat berpindah – tiada teman untuk mengulang kaji pelajaran bersama-sama
- akan menduduki peperiksaan PMR – ingin mengetahui rahsia kejayaan – sudi berkongsi pengalaman cara-cara mengulang kaji pelajaran untuk panduan
- sahabat seorang yang aktif dalam kokurikulum - cara pengurusan masa yang bijak
- sahabat seorang yang rajin dan berdisiplin – menjamin sahabat mencapai cita-citanya menjadi seorang peguam
- mengakhiri surat – berharap agar sahabat membalas surat dengan segera - menunggu balasan surat

Penutup :
- semoga berjumpa lagi – ucapan terima kasih – pengakuan pengirim – tanda tangan

7. Sekolah anda telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan. Anda telah ditugaskan oleh guru anda untuk menyediakan laporan tentang kejohanan tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah anda.
Sediakan laporan tersebut selengkapnya.
Pendahuluan :
- tajuk laporan
- menyatakan butiran Sukan Tahunan (tarikh, masa dan tempat)

Isi cadangan :
- program tahunan sekolah – ramai pelajar yang terlibat – mengambil bahagian dalam sukan dan acara perbarisan
- majlis perasmian – menyatakan siapa yang merasmikan majlis tersebut – antara isi ucapan (untuk seimbangkan dengan akademik, semangat kesukanan penting untuk perpaduan)
- sukan peringkat sekolah – untuk mengasah bakat pelajar – melahirkan atlet ke peringkat yang lebih tinggi
- sebelum acara sukan bermula – perbarisan semua kontinjen – terdiri daripada unit beruniform dan pasukan daripada rumah sukan – sambutan meriah – kehadiran ibu bapa pelajar
- pelbagai acara dipertandingkan – pelbagai jualan makanan oleh pihak kantin
- diakhiri dengan upacara penyampaian pingat kepada pemenang – diikuti dengan acara penyerahan bendera kejohanan kepada pengetua

Penutup :
- pengakuan pelapor, tarikh, tanda tangan, nama pelapor dan jawatan.

8. Anda telah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah ”Kebaikan Mengamalkan Cara Hidup Sihat.”
Tulis teks ucapan anda itu selengkapnya.
Pendahuluan :
- kata alu-aluan kepada Pengerusi Majlis, guru, pelajar
- mengucapkan terima kasih kerana dijemput untuk menyampaikan ucapan

Isi cadangan :
• Kebaikan :
- menyihatkan badan – badan sihat, minda cerdas
- mengelakkan penyakit berjangkit
- memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap sesuatu perkara
- memberikan tenaga untuk melakukan sesuatu pekerjaan

Penutup :
- perlu mengamalkan gaya hidup sihat – kesihatan stabil
- ucapan terima kasih kepada hadirin

9. Anda telah ditugaskan untuk mengendalikan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
Gambarkan suasana sambutan tersebut.
Pendahuluan – 16 Mei setiap tahun dijadikan sebagai sambutan Hari Guru – sekolah turut menyambutnya – pelbagai aktiviti dilaksanakan – lebih meriah berbanding tahun lepas – anda ditugaskan mengenadalikan majlis sambutan
Isi cadangan
- Pagi – perhimpunan rasmi – nyanyian lagu - perutusan dibacakan
- Memberikan hadiah kepada guru
- Persembahan pelajar
- Acara permainan di padang –sukaneka
- Sesi penyampaian hadiah
Penutup – sambutan berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak


10. Tulis suatu cerita berdasarkan peribahasa ‘bagai kaca terhempas ke batu’.
Pendahuluan – Aril sering melakukan perbuatan yang tidak berfaedah dan malas membuat ulang kaji pelajaran
Isi cadangan
- Semasa di dalam kelas, Aril tidak menumpukan perhatian dalam pelajaran. Dia mula ponteng kelas.n oleh bapanya
- Ibu bapanya dipenggil oleh pihak sekolah. Aril dirotan oleh bapanya
- Aril menduduki peperiksaan PMR. Dia calon yang pertama meninggalkan dewan pada setiap hari peperiksaan
- Aril gagal dalam semua mata pelajaran
Penutup – ibu bapa Aril amat kecewa bak kata peribahasa (soalan)



Belakang parang jika diasah lagikan tajam

11. Tulis sebuah karangan berdasarkan maksud peribahasa di atas.

Pendahuluan – Ramli lewat masuk ke sekolah – keciciran kerana kemiskinan – namun dia bercita-cita untuk berjaya
Isi cadangan
- Ramli agak lambat memahami pelajaran – sering ditertawakan pelajar lain – dia tidak ambil hati – sedar akan kelemahannya
- Ramli berusaha mengatasi kelemahannya – meningkatkan usaha mengulang kaji pelajaran di rumah – masih tidak faham
- Ramli datang ke rumah gurunya yang terletak tiga kilometer dari rumahnya – berjalan kaki – guru terharu dengan kesungguhan Ramli
- Pelajarannya semakin maju – lulus dalam peperiksaan dengan cemerlang – diiktiraf sebagai pelajar terbaik dalam PMR sekolahnya
Penutup – Ramli sedar akan maksud peribahasa ‘belakang parang jika diasalah lagikan tajam’ – dia semakin berazam untuk memajukan diri




Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri


12. Tulis sebuah karangan berdasarkan maksud peribahasa di atas.

Pendahuluan – Amril melanjutkan pelajaran ke England
Isi-isi
- Semasa cuti dia bekerja sambilan untuk menampung perbelanjaan
- Tamat pengajian, dia tidak pulang ke Malaysia. Bekerja di England untuk mencari pengalaman
- Suasana pekerjaan dan gaji yang lumayan menyebabkan dia tiada keinginan untuk pulang ke Malaysia
- Amril berkahwin dengan rakyat Malaysia yang melanjutkan pelajaran di sana
- Suasana kehidupan yang kurang sesuai untuk pembesaran anaknya menyebabkan dia berhasrat pulang ke Malaysia.
Penutup – Amril sekeluarga pulang ke Malaysia kerana menganggap Malaysia lebih baik bak kata peribahasa (tajuk)

13. Kelas anda telah mengambil bahagian dalam Kempen Kebersihan dan Keceriaan Kelas.
Sebagai ketua tingkatan, ceritakan persiapan yang telah anda lakukan semasa menyertai kempen tersebut.

Isi cadangan
- Membentuk jawatankuasa
- Mencari sumber kewangan
- Memulakan kerja-kerja pembersihan dan keceriaan – mengecat dan menghias kelas

14. Kawasan tempat tinggal anda telah dilanda banjir berikutan hujan lebat yang turun selama beberapa jam.

Gambarkan suasana cemas tersebut

Pendahuluan – hujan turun dengan lebat sepanjang malam – tidur dengan lena
Isi-isi
- Jam 3.00 pagi terjaga daripada tidur – terdengar bunyi bising
- Emak dan ayah turut terjaga – menjenguk ke luar tingkap – air telah naik – orang ramai cemas
- Turun ke tingkat bawah – air telah memasuki rumah – perlu bertindak segera
- Mengejutkan adik-adik – memunggah barang-barang naik ke tingkat atas – tv, radio dan barang-barang yang berada di tempat yang tinggi masih dapat diselamatkan
- Sofa dan almari telah basah – banyak barang yang rosak
- Hari siang – air masih belum surut – hujan sudah berhenti – pihak penyelamat dan anggota sukarela datang membantu

Penutup – bergotong-royong membersihkan rumah – semua orang bercuti

BAHAGIAN C (JEJAK 2)

1. Amalan pemakanan seimbang sangat baik untuk kesihatan.

Pada pendapat anda, mengapakah ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat pemakanan seimbang.

Isi cadangan :
- Dapat mengelakkan penyakit dan meningkatkan sistem ketahanan badan.
- Pengambilan karbohidrat dapat memberikan tenaga bagi menjalankan aktiviti harian.
- Membantu pembinaan otot dan tubuh badan yang sihat.
- Bekalan zat dan nutrien penting bagi keperluan harian.

2. Makanan segera dan makanan ringan banyak mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan manusia.

Bincangkan peranan ibu bapa untuk mengelakkan anak-anak mengambil makanan tersebut.
Isi cadangan :
- Menerangkan kesan buruk makanan segera dan makanan ringan.
- Ibu bapa tidak membeli makanan tersebut.
- Ibu bapa menyediakan atau memasak makanan berkhasiat untuk anak mereka
- Ibu bapa menyediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah

3. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak menjadi pengguna yang bijak.
Jelaskan peranan yang dapat dimainkan oleh mereka.
Isi cadangan :
- Melatih anak-anak membandingkan harga sebelum membeli barangan .
- Ibu bapa sendiri tidak mudah terpedaya oleh jualan murah - menjadi contoh kepada anak-anak
- Ibu bapa mengajar anak cara-cara merancang perbelanjaan
- Ibu bapa memberikan wang saku yang tidak berlebih-lebihan – anak-anak tidak membazir
- Ibu bapa membeli-belah bersama-sama anak terutama anak remaja

4. Berkebun mendatangkan faedah yang banyak.
Nyatakan faedah-faedah berkebun kepada sesebuah keluarga.
Isi cadangan
- Menjimatkan perbelanjaan
- Menyihatkan tubuh badan
- Mengeratkan hubungan kekeluargaan
- Mengisi masa lapang
- Menambahkan pendapatan

5. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan kecemerlangan anak mereka dalam pelajaran.
Jelaskan cara-cara ibu bapa menentukan kecemerlangan tersebut.
Isi cadangan
- Memberikan didikan dunia dan akhirat
- Memantau kerja-kerja sekolah anak
- Memberikan sokongan moral – nasihat
- Membantu anak dalam pembelajaran – tuisyen, buku ulang kaji dsb
- Menjaga kesihatan anak – pemakanan seimbang, beriadah
- Mewujudkan keharmonian keluarga – rumah tangga
- Mewujudkan hubungan baik dengan guru-guru yang mengajar anak

6. Ada pihak yang mengatakan bahawa kerjaya anak-anak ditentukan oleh ibu bapa. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut?

Berikan pendapat anda.

Isi cadangan :
(Bersetuju)
- Lebih memahami anak – melahirkan dan membesarkan anak – mengetahui kecenderungan anak
- Banyak masa bersama-sama anak
- Membiayai pelajaran anak
- Membantu menentukan hala tuju masa depan anak

(Tidak bersetuju)
- Pengaruh guru
- Peluang kerjaya semasa
- Pengaruh persekitaran
- Rakan sebaya
- Media massa

BAHAGIAN C (JEJAK 3)

1. Masyarakat kita masih lagi kurang kesedaran tentang pentingnya mencintai alam sekitar walaupun pelbagai usaha telah dijalankan.

Nyatakan usaha-usaha yang perlu dijalankan untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar.
Isi cadangan :
- Kerajaan memantau dan menguatkuasakan undang-undang alam sekitar dengan lebih tegas
- Program kitar semula diamalkan oleh semua ahli masyarakat
- Kerjasama daripada semua pihak terutamanya pihak kilang dan industri – asap dan bahan toksid
- Pihak sekolah haruslah mengadakan Minggu Alam Sekitar
- Kempen yang dijalankan mestilah mencapai matlamatnya
- Peranan ibu bapa dan keluarga agar anak-anak menjaga kebersihan
- Peranan media massa cetak dan elektronik menyampaikan maklumat berkenaan alam sekitar

2. Iklan merupakan alat untuk mempromosi sesuatu produk atau perkhidmatan kepada pengguna.

Huraikan pendapat anda tentang kebaikan iklan kepada pengguna.
Isi cadangan :
Kebaikan
- Memperkenalkan barang-barang atau perkhidmatan baharu dalam pasaran.
- Melariskan barang-barang yang mempunyai persaingan dalam pasaran dengan pelbagai daya penarik
- Mudah membuat pilihan yang tepat sebelum membeli sesuatu barang atau menggunakan sesuatu perkhidmatan
- Memberikan maklumat atau informasi seperti jawatan kosong
- Menjimatkan masa untuk memilih barang atau perkhidmatan

3. Kehidupan masyarakat pada hari ini menyebabkan mereka kurang berminat untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja amal atau sukarela.

Nyatakan sebab-sebab hal ini berlaku.
Isi cadangan :
- Terlalu sibuk dengan urusan peribadi dan keluarga
- Sikap mementingkan diri sendiri dalam kalangan ahli masyarakat
- Bekerja sepenuh masa seperti peniaga
- Sesetengah ahli masyarakat bersifat kebendaan ,kerja amal tidak menguntungkan
- Mengharapkan orang lain melakukan kerja-kerja amal
- Waktu yang terluang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti lain seperti bersama dengan keluarga
- Tidak ada kesedaran dan kurang pendedahan tentang kerja-kerja amal

4. Program kitar semula bahan buangan yang dilaksanakan oleh kerajaan bertujuan untuk menyedarkan masyarakat agar mencintai alam sekitar.

Huraikan cara-cara untuk menjayakan program tersebut .
Isi cadangan :
- Melalui aktiviti kokurikulum dan sesi pengajaran dan pembelajaran
- Memperbanyak pusat kitar semula di seluruh pelosok negara
- Media massa menyebarluaskan kebaikan kitar semula
- Mendidik masyarakat tentang kebaikan program ini melalui kempen yang berkesan
- Menjalankan gotong-royong sebagai program kemasyarakatan oleh penduduk setempat

5. Sekolah bertanggungjawab membentuk sahsiah pelajar.
Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas?
Berikan pendapat anda.
Isi cadangan : (Bersetuju)
- Melaksanakan peraturan sekolah dengan lebih tegas
- Menerapkan nilai-nilai murni melalui sesi pengajaran dan pembelajaran
- Menggalakkan pelajar terlibat dalam kegiatan kokurikulum
- Mengadakan program peningkatan sahsiah - program motivasi

(Tidak bersetuju)
- Ada pihak lain seperti ibu bapa atau masyarakat

6. Banyak hutan lipur diwujudkan oleh pihak kerajaan atau swasta untuk menggalakkan orang ramai mencintai alam semula jadi.

Bincangkan kepentingan hutan lipur kepada masyarakat di negara ini.
Isi cadangan :
- merancakkan aktiviti pelancongan dalam negara
- memupuk nilai cinta akan alam sekitar
- kawasan kajian dan penyelidikan tentang alam semula jadi
- kawasan tadahan hujan
- tempat beriadah - tempat perkhemahan / perkelahan

7. Bahan pembelajaran bukan sahaja boleh diperoleh daripada buku-buku teks, bahkan juga daripada akhbar-akhbar tempatan melalui bahan sisipan pendidikan .

Apakah faedah yang anda peroleh daripada bahan sisipan tersebut.
Cadangan isi:
- Membuat latihan-latihan mengikut format peperiksaan sebenar.
- Mengetahui kejayaan para pelajar lain dalam peperiksaan awam
- Mengasah bakat dalam bidang penulisan – ada sudut karya kreatif
- Mengandungi hasil-hasil penulisan yang boleh dijadikan teladan
- Membaca nota-nota ringkas tentang mata pelajaran tertentu mengikut tingkatan/darjah

8. Satu kes keracunan makanan telah berlaku di sekolah anda. Sebagai ketua pengawas kantin, anda diminta menulis laporan tentang punca kejadian tersebut untuk dihantar kepada pengetua.

Sediakan laporan anda itu selengkapnya.
Pendahuluan:
- tajuk laporan
- tarikh, hari, masa kejadian dan bilangan mangsa

Isi cadangan:
- kebersihan diabaikan – pinggan mangkuk yang kotor dibiarkan semalaman tanpa dicuci – menggunakan air bilasan yang sama semasa mencuci pinggan mangkuk – pinggan mangkuk tidak dicuci dengan bersih
- pengusaha kantin menjimatkan kos – menggunakan bahan-bahan mentah yang tidak segar – makanan di dalam tin melebihi tarikh luput
- pekerja tidak mengutamakan kebersihan – tidak memakai sarung tangan, tudung kepala, dan apron – kuman mudah membiak melalui tangan yang kotor
- longgokan sampah berhampiran dengan kantin – berbau dan banyak lalat
- kemudahan mencuci tangan tidak sempurna dan tidak mencukupi

Penutup:
- tindakan segera perlu diambil oleh pengusaha kantin untuk membaiki keadaan
- berharap kejadian tidak berulang
- maklumat pelapor (pengakuan, tandatangan, nama, jawatan, tarikh)

9. Baru-baru ini Kelab Usahawan sekolah anda telah mengadakan program Hari Kantin Sekolah. Sebagai setiausaha kelab, anda dikehendaki menyediakan laporan tentang program yang diadakan untuk dihantar kepada guru penasihat kelab.

Sediakan laporan itu dengan lengkap.
Pendahuluan:
- tajuk laporan
- tarikh, hari, masa dan tempat

Isi cadangan:
- tujuan program – mengumpul dana kelab – memupuk ciri-ciri keusahawanan dalam diri pelajar
- sebelum program diadakan – menyediakan tapak jualan – memasang iklan
- program dirasmikan oleh Pengetua Sekolah – meriah
- banyak gerai dibuka – menjual pelbagai jenis barang
- sambutan amat menggalakkan – pengunjung berpuas hati dengan mutu dan harga barangan yang dijual
- jumlah hasil kutipan – mencatat keuntungan

Penutup:
- berharap program ini akan diterukan pada tahun hadapan
- maklumat pelapor (pengakuan, tandatangan, nama, jawatan, tarikh)

10. Anda telah dilantik sebagai Ketua Pengawas Sekolah bagi tahun 2009. Semasa hari pelantikan itu, anda telah diminta oleh pihak sekolah memberikan ucapan tentang tanggungjawab murid terhadap sekolah.

Tulis ucapan anda itu selengkapnya.
Pendahuluan
- kata alu-aluan kepada Pengerusi Majlis, Pengetua Sekolah, guru-guru dan rakan-rakan
- berbesar hati kerana diberi kesempatan berucap

Isi cadangan:
- mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberi – akan menjalankan tanggungjawab sebaik-baik mungkin
- berharap agar mendapat sokongan daripada pihak sekolah dan para pengawas yang lain
- tanggungjawab murid terhadap sekolah
• berdisiplin – mematuhi peraturan sekolah – merealisasikan disiplin sifar
• belajar bersungguh-sungguh – mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum – mengharumkan nama sekolah
• mencintai sekolah – menjaga kebersihan – menceriakan persekitaran sekolah
• menjaga nama baik sekolah

Penutup:
- mengucapkan selamat bertugas kepada AJK Pengawas
- mengucapkan terima kasih

11. Baru-baru ini, anda telah dipilih menjadi ahli jawatankuasa koperasi sekolah anda.
Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menjadi ahli koperasi sekolah.
Isi cadangan :
- Melatih pelajar dalam bidang perniagaan
- Mewujudkan semangat berpasukan
- Mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di dalam kelas.
- Menerapkan nilai-nilai murni seperti amanah dan jujur dalam diri

12. Warga tua telah banyak berjasa kepada masyarakat, namun kebajikan mereka sering diabaikan.
Huraikan langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk membalas jasa mereka.
Isi cadangan
- Memberikan kasih sayang dan simpati
- Membantu menyelesaikan masalah mereka
- Memberikan bantuan wang yang secukupnya
- Kerap menghubungi atau mengunjungi mereka
- Menjaga kesihatan dan pemakanan mereka
- Menubuhkan rumah kebajikan yang selesa – sekiranya mereka tiada ahli keluarga
- Memberikan perkhidmatan percuma – perubatan dan pengangkutan .

BAHAGIAN C (JEJAK 4)

1. Sejak-akhir-akhir ini, permainan tradisional kian dilupakan.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu diambil bagi mempopularkan permainan ini dalam kalangan masyarakat kita.
Isi cadangan:
- Mengadakan promosi dan kempen kepada generasi muda melalui sambutan perayaan.
- Menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah hingga peringkat kebangsaan seperti sukan-sukan yang lain
- Menubuhkan kelab permainan tradisional di peringkat sekolah
- Menyediakan tempat / gelanggang untuk permainan ini - masyarakat dapat menjalankan aktivti bermain permainan tradisional pada masa lapang.

2. Industri pelancongan merupakan suatu sektor yang kian berkembang di negara kita.
Bincangkan kepentingan industri tersebut kepada negara.
Isi cadangan:
- Meningkatkan ekonomi negara- mata wang negara asing yang dibawa masuk oleh pelancong luar ke dalam negara
- Memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat dalam sektor pelancongan
- Memperkembang industri desa yang diusahakan oleh orang-orang tempatan
- Mewujudkan rasa sayang akan negara :tempat-tempat pelancongan yang berunsurkan sejarah.
- Kemudahan pengangkutan dan perkhidmatan berkembang dengan pesat –secara tidak
langsung memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia.

3. Sejak akhir-akhir ini, masalah pencemaran alam sekitar sering diperkatakan dalam media elektronik dan media cetak.
Huraikan cara-cara untuk menangani masalah tersebut.
Isi cadangan:
- Mengawal aktiviti perindustrian seperti pembuangan sisa toksik dan pengeluaran asap oleh kilang
- Menggunakan kenderaan awam seperti bas,LRT,kereta api
- Berkongsi kenderaan terutama di bandar besar
- Mengawal pembalakan haram yang menyebabkan kemusnahan hutan simpanan
- Memperketat undang-undang yang sedia ada agar pihak yang terbabit takut untuk melakukan kesalahan
- Kerjasama daripada orang ramai membuat aduan atau laporan jika berlaku pencemaran
- Memastikan tidak ada pembakaran terbuka
- Mempastikan kempen atau promosi yang dijalankan benar-benar berkesan
- Ibu bapa dan keluarga mendidik anak-anak agar menjaga alam sekitar
- Melalui aktiviti-aktiviti di sekolah sama ada melalui kegiatan kokurikulum atau sesi pengajaran dan pembelajaran

4. Negara kita banyak mempunyai tempat bersejarah.
Huraikan sebab-sebab tempat bersejarah perlu dipelihara.
Isi cadangan:
- Generasi muda tidak lupa akan peristiwa sejarah tanah air
- Memupuk semangat cinta akan tanah air dalam kalangan rakyat
- memberikan pulangan ekonomi kepada negara sebagai destinasi pelancongan
- menjadi bahan kajian tentang seni bina masa lampau

5. Pelbagai kempen kebersihan alam sekitar telah dijalankan, namun kempen-kempen itu tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan.

Jelaskan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
Isi cadangan :
- bersikap mementingkan diri sendiri – membuang sampah di merata-rata tempat
- sikap para peniaga – membuang sampah di dalam longkang/ sungai – longgokan
sampah mencemarkan kawasan sekitar – kedudukan gerai-gerai makanan yang tidak strategik – peniaga membuang sampah terus ke dalam tong sampah tanpa dibungkus terlebih dahulu
- pihak berkuasa tidak memungut sampah mengikut jadual – sampah bertaburan dan berbau busuk
- kekurangan kawasan pelupusan sampah – kedudukan terlalu jauh dari kawasan
penempatan – program kitar semula tidak mendapat sambutan masyarakat - masyarakat tidak jelas tentang proses dan faedah kitar semula
- sesetengah ahli masyarakat terlalu mengharapkan pihak kerajaan membersihkan kawasan – tiada inisiatif daripada penduduk setempat


6. Sejak akhir-akhir ini, banyak kawasan hutan telah ditebang kerana aktiviti pembalakan.
Pada pendapat anda, apakah akibat aktiviti penebangan hutan kepada negara?
Isi cadangan :
- Memusnahkan spesies pokok dan hidupan hutan
- Menyebabkan hakisan – tanah menjadi gondol pencemaran
- Meningkatkan suhu
- Mengurangkan kawasan tadahan hujan
- Memusnahkan pokok-pokok yang berharga
- Menjejaskan sumber pendapatan orang kampung / orang asli

7. Industri kraf tangan sering dikaitkan dengan industri pelancongan, namun kemajuan industri ini belum boleh dibanggakan.

Jelaskan cara-cara untuk memajukan industri kraf tangan di negara kita.
Isi cadangan :
- Mempelbagaikan produk mengikut cita rasa pengguna masa ini
- Mengkomersialkan produk kraf tangan tempatan
- Menyertai pameran kraf tangan sama ada di dalam atau di luar negara
- Memberikan latihan kepada golongan muda cara menghasilkan kraf tangan
- Memberikan pinjaman kepada pengusaha kecil untuk memperbesar perusahaan mereka
- Menggunakan teknologi moden dalam menghasilkan produk kraf tangan – mampu
bersaing dengan produk luar negara
- Membuat jualan secara langsung

8. Sungai menjadi sumber rezeki dalam kehidupan kita, namun kebanyakan sungai dipenuhi dengan sampah dan tidak dijaga dengan baik.
Huraikan langkah-langkah untuk menjaga sungai di negara kita.
Isi cadangan :
- Mengadakan gotong-royong dari semasa ke semasa
- Mengadakan kempen membersihkan sungai
- Menjadikan sungai sebagai tempat rekreasi – membina landskap di sepanjang sungai
- Menyediakan tong-tong sampah di sepanjang sungai
- Kerjasama daripada orang ramai terutama penduduk yang tinggal berhampiran dengan sungai

JEJAK EMPAT

SET 1

[20 markah]

Berdasarkan carta palang di bawah, huraikan pendapat anda tentang punca-punca kemalangan jalan raya. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


















SET 2

[20 markah]

Berdasarkan carta palang di bawah, huraikan pendapat anda tentang punca-punca kemalangan jalan raya. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.















SET 3

[20 markah]


Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang destinasi pelancongan menarik di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

JEJAK TIGA

SET 1

[20 markah]

Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang semangat kejiranan. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

SEMANGAT KEJIRANAN

















SET 2

[20 markah]

Berdasarkan carta pai di bawah, huraikan pendapat anda tentang bahan bacaan masyarakat Malaysia. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

JEJAK DUA

SET 1

[20 markah]

Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang sambutan Hari Guru. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.












SET 2

[20 markah]

Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang aktiviti keceriaan kelas. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Monday, February 21, 2011

Soalan Bahagian B

SET PENGENALAN

[20 markah]

Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang hari-hari perayaan di Malaysia. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
















CONTOH JAWAPAN


Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum. Setiap kaum di Malaysia menyambut hari kebesaran mereka dengan cara yang tersendiri. Perayaan tersebut ialah Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali, dan Krismas. Sambutan perayaan ini dapat mengukuhkan perpaduan kaum.

Masyarakat Melayu menyambut Hari Raya Aiditfitri dan Hari Raya Aidiladha. Kemeriahannya dirasai melalui amalan kunjung-mengunjung dan bermaaf-maafan sambil menikmati juadah seperti ketupat, lemang dan rendang.

Sebaliknya, kaum Cina merayakan Tahun Baharu Cina. Warna merah, angpau dan kuih bulan amat sinonim dengan budaya mereka. Manakala masyarakat India merayakan Hari Deepavali yang dikenali sebagai pesta cahaya.

Setiap 25 Disember, penganut agama Kristian menyambut hari Krismas yang dimeriahkan dengan persiapan pokok krismas. Kanak-kanak akan ternanti-nanti kehadiran ‘Santa Claus’ untuk mendapatkan hadiah.

Kesimpulannya, perayaan yang berbeza di negara ini disambut oleh semua kaum. Sambutan perayaan dalam suasana yang meriah menjadi bukti keunikan masyarakat majmuk yang hidup bersatu padu.


(126 patah perkataan)

JEJAK SATU

SET 1

[20 markah]

Berdasarkan carta pai di bawah, huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor kejayaan pelajar dalam pelajaran. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Faktor-faktor kejayaan pelajar dalam pelajaran



















SET 2

[20 markah]

Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan
















SET 3

[20 markah]

Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara-cara berbelanja dengan bijak. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.















SET 4

[20 markah]

Berdasarkan iklan di bawah, huraikan pendapat anda tentang faedah mengunjungi pameran buku. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.




















SET 5

[20 markah]

Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa terhadap anak-anak. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.